Sunday, January 4, 2009

Kuantan-Banjir menyapa lagi


Seawal jam 5 pagi tadi, siren peronda kawalan banjir telah meronda membuat pemberitahuan melalui corong pembesar suara memaklumkan paras air di Kawasan Sungai Isap Damai telah memasuki paras bahaya. Penduduk diminta membuat persiapan yang sepatutnya.

Sememangnya penduduk disini sudah biasa dengan acara tahunan ini. Kami telah lama membuat persiapan sebelum hari Raya Haji lagi kerana ramalan cuaca dan paras air menunjukkan banjir mungkin akan berlaku antara 11-18 Disember 2008. Namun ramalan cuaca dewasa ini tidak dapat dipercayai 100% dan ramalan para nelayan juga sering tersasar. Kalau kebiasaannya air pasang dua kali sebulan iaitu pada awal bulan dan pertengahan tetapi kini air pasang tak kira masa. Maka jabatan metreology terpaksa stand-by di kawasan tadahan hujan, atau di sungai. Penggera ' alarm' yang dipasang dalam sungai juga ada kalanya tak berbunyi.


Rupanya banjir membuka tirai 2009 bagi sebahgian penduduk Kuantan. Harapan untuk tidak mengalami banjir tahun lepas termakbul tetapi tahun ini pula awal2 lagi sudah banjir. Kali terakhir banjir berlaku pada bulan Disember 2007. Sejak pagi tadi jalan di hadapan rumah saya agak sibuk dengan kenderaan lalu lalang dan kanak2 bermain air. Pagi tadi air belum ada di jalan depan rumah, namun sebahgian jalan 21 dan 23 sudah naik sekitar 6 inci di jalan.


Menjelang jam 10 pagi air mulai naik di penghujung lorong SID 21 dan sepanjang SID 25,SID 23 . Saya meronda kawasan jam 12 tengahrai dan mendapati penghujung lorong SID 7menghala SID 20 jalan sudah mulai ditenggelami air. Kereta sudah beratur di sepanjang jalan tambahan menuju ke Bukit Rangin. Jam 3 petang semakin banyak kenderaan diletakkan di sepanjang lorong SID20 dihadapan rumah saya.

Sekarang sudah jam 4.30 petang , lorong SID 20 sudah mulai dinaiki air. Tetapi di rumah saya masih lagi kering di bahagian tempat letak kereta, longkang sudah dipenuhi air. Rumah sudah siap dikemas dan akan ditinggalkan petang ini. Sudah ada kawan yang mempelawa tinggal di rumahnya di Tanah Putih Baru, 4 km dari Kuantan. Kali ini saya tak ber'kampung' di Aspa Cottage seperti kebiasaannya. Harap banjir kali ini tidak lama, 2-3 hari sudah lumrah. Doakan kami selamat dan doakan banjir tak besar seperti 2001.


No comments: