Wednesday, January 7, 2009

Ke mana arah tujuan hidup kita



Semalam 10 muharram. Ramai di kalangan ummat Islam berpeluang mengerjakan puasa sunat begitulah saya, alhamdulillah. Petang semalam sewaktu pulang dari kelas tajwid, saya singgah di sebuah kedai di Permatang badak. Tuan kedai (wanita) terus memanggil saya dan menunjukkan berita di akhbar Sinar Harian.

" ni haa, baca ni kak... apa nak jadi macam ni? sampai nak berbunuh-bunuh. Ini dekat kampung kita ni" Rungut tuan kedai.

Saya belum sempat membaca ,dia sudah membacakan berita itu macam seorang pembaca berita TV. Bagus juga , tak payah saya baca :). Ini dekat jambatan bukit Rangin, dekat mana tu? dia bertanya saya minta kepastian. Saya pun tak pasti sebenarnya jambatan Bukit Rangin yg mana satu? Saya agak yg dekat Sungai Isap menghala Indera Mahkota, mungkin.

Apa kisahnya?
Kisah seorang wanita telah ditolak ke dalam sungai setinggi 10 meter. Wanita tersebut telah dapat diselamatkan oleh pasukan polis peronda kira2 jam 3.30 pagi dan masih bernyawa sementara teman lelaki' yang disyaki terlibat telah ditangkap kira2 jam 4.00 pagi.

Saya tak sempat belek gambar kerana nak cepat , waktu Maghrib sudah hampir. Mujur pelanggan tak ramai. Tapi kami sempat membuat komen2 bernada 'menyampah' dengan kejadian tersebut. Ini kerana 'teman lelaki' yg ditangkap itu bukanlah muda, berusia 42 tahun. Wanita tu berapa usia tak tahu lah, tak sempat baca habis.

Yang membuat kami merasa jengkel dengan berita itu ialah kerana sikap anak2 muda atau masyarakat yang sudah jauh terpesong dari agama. Berkawan antara lelaki dan wanita tanpa batas agama. Kemudian terjadi pergaduhan sehingga hampir meragut nyawa pula. Alangkah ruginya hidup begitu, sia-sia. Bukan maksud saya menghukum manusia , sekadar terfikir, apakah manusia hari ini tiada arah tujuan hidup?

Kemudian saya mencari maklumat di internet. Rupanya ada berita tersebut dalam arkib utusan bertarikh 7 Januari 2009. Suspek mengaku wanita berusia 45 tahun itu adalah 'isteri kedua' dan wanita tersebut telah terjun kedalam sungai dengan sendirinya.

Oh begitu beritanya. Dalam Sinar Harian tulis lain, dalam Utusan tulis lain. Begitulah , tapi nampaknya masusia semakin kusut dengan kehidupan sehingga bertengkar di luar rumah. Mana satu berita betul , hanya mereka yg tahu. Siapa yg nak mengaku menolak 'isteri', tentu dia akan tuduh isterinya yang terjun nak bunuh diri. Manusia, manusia...




2 comments:

arnamee said...

Salam ziarah.

blogwalking.

tapi entri ini membuat saya berfikir.
kita dari mana dan hendak ke mana sebenarnya.

WALLAHUA'LAM.
SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA.=)

insyaallah.=)

Ummu Waheedah said...

Salam singgah dan salam mampir.

Ya dari mana anda,? dari blog mana hendak ke blog mana?

Dari mana hendak ke mana?
Dari ayat 172 surah al-araaf mafhumnya ""Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

fikirkan dan sila lah singgah lagi di blog ini.