Monday, December 15, 2008

Qurban di volgograd, Russia-satu pengamatan.



Video di atas adalah paparan penyempurnaan ibadah Qurban yg buat pertama kali dibuat pada pagi Isnin 8 Desember 2008 bersamaan 10 Zulhijah 1429,yang telah dijayakan oleh pelajar Malaysia di Volgograd. Ianya diadakan di hadapan masjid Lingoranskaya.Sebanyak 5 ekor kambing biri-biri telah selamat diqurbankan. Daging qurban ini sebahagiannya disedekahkan kepada masjid dan sebahagian lagi diagih-agihkan kepada pelajar Volgograd.


Alhamdulillah, seperti yang saya pinta, akhirnya dapat juga melihat video penyembelihan qur'ban di Russia. Tak dapat pijak Russia , dapat tengok gambar pun jadilah.Terima kasih kepada pelajar2 di sana yang bersusah payah menyelitkan masa dalam kesibukan belajar dan mengurus masa, sempat juga melibatkan diri dalam aktiviti dakwah. Mudah2an Allah memberi kekuatan dan jalan keluar yg mudah bagi semua kepayahan menegakkan panji-panjiNya di negara sosialis sekular ni.

Sesungguhnya menyembelih Qur'ban adalah syiar agama Allah.Lambang satu penqorbanan maha agung yang mungkin bagi mereka yang tak pernah mendengar kisah anbia, akan merasa ianya satu dongeng purbakala.Bukan mudah untuk berkorban, apalagi mengorbankan darah daging sendiri. Kisah Nabi Ibrahim a.s diarahkan mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s adalah satu simbolism kepatuhan kepada perintah Allah s.w.t. Apa yang diarah mesti dipatuhi sekalipun ianya nampak 'tidak adil' dan di luar batas 'kemanusiaan'.

Kini syiar ini berkembang di seluruh dunia di mana sahaja ada orang Islam.Kita dapat melihat di negara sosialis yang dihuni oleh manusia tidak beragama atau mungkin manusia yang anti Islam,juga melaksanakan syiar Islam ini sebagai suatu pengorbanan melaksanakan suatu ibadah yang 'asing dan janggal'. Di Zaman nabi Ibrahim a.s tidak ada orang menyembelih anak sendiri apalagi atas "perintah tuhan". Apa dan bagaimanakah kita nak sampaikan mesej Islam melalui ibadah ini jika ditanya oleh orang bukan Islam atau kepada mereka yang mempertikaikan logiknya ibadah ini.

Selain dari bersedekah dan dapat makan daging segar dan sedap sekali setahun, tentunya sukar untuk membuktikan adanya balasan baik didunia (apalagi di akhirat) bagi kerja menyembelih binatang qurban.Lebih2 lagi jika ada yang mencabar rasionalnya qurban dibuat setahun sekali dan tidak setiap bulan. Tentu ada yang berfikir logik, jika dibuat setiap bulan makan setiap bulan ada makanan sedap dan lebih ramai dapat merasa. Tentu ekonomi akan berkembang sekata kerana ujud permintaan terhadap binatang setiap bulan. Mungkin pertanyaan2 begini akan diajukan oleh orang bukan Islam, untuk mencabar agama kita atau sekadar ingin tahu.

Saya sendiri tak ada jawapan pasti, hanya terfikir akan kemungkinan pertanyaan2 itu terlontar kepada saya suatu hari kelak. Malah soalan mengapa kita mesti sembelih binatang, sudah pun diajukan oleh anak2 saudara saya yang masih kecil. Tapi mudah saya menjawap "kita bagi sedekah, dapat pahala". Kalau ditanya lagi pahala tu apa, maka tentu biru mata hitam ku.. he he.

Bagi mereka yang ingin mengumpul pahala, mari kita berazam untuk melaksanakan qurban pada tahun2 akan datang. Berdermalah juga kepada tabung Kirovsky , Russia. Mari kita kibarkan panji2 Agama Allah di bumi sosialis ini! Salurkan sumbangan anda kepada:-
Badan Penggerak Khas Tabung Kirovsky
Afham Naqiuddin Bin Osman
Account No: 153010170580 (MAYBANK)
Email : musliminvolgograd@gmail.com
Alamat di Malaysia : LOT 1203 LORONG PAKATAN KG GUCHIL BAYAM 15200 KOTA BHARU KELANTAN
No telefon : 097646155 (MALAYSIA), +79275479976 (RUSSIA)
sumber:http://www.musliminvolgograd.com


2 comments:

unity said...

Salam 'eidul adha,

Teringat pesan seorang guru,

Kita mampu membayar bulanan untuk sebuah kenderaan dunia malah lebih drpd itu, kita sanggup menabung utk membayar insuran dan roadtax kereta tersebut apabila tiba masanya.

Tetapi sayang seribu kali sayang, apabila tiba tuntutan utk 'kenderaan akhirat', keluarlah sikap double standard. Para ustaz pun sibuk dengan wirid 'jika berkemampuan', salah satu budaya 'escapisme' didalam beramal ibadah.

Kalaulah drpd 9/12/08 yg lepas kita mula menabung RM1 setiap hari, Insya-Allah stelah genap setahun, kita dah boleh kumpul RM350. Cukup utk korban satu bahagian lembu.

Benarkah kita tidak mampu utk berkorban setiap tahun ?

Hamba ni komen je pandai tapi amalan pun takde, serupa habuk.

Ummu Waheedah said...

Eidul adha sudah berlalu... insyaAllah yg akan datang kita usahakan dari sekarang.memng dalam posting sebelum ni pun saya anjurkan tabung Rm1 atu Rm30 sebulan.. insayAllah dapat.

Memang masalah lah bila ustaz2 pun duk wirid 'jika berkemampuan' tu. Itulah silap sikap kita. kadang2 tu pergi rayakan bday ahli keluarga pun dah lebih Rm300 satu family tu belum masuk beli hadiah.

saya pun termasuk yg banyak berkata-kata (tp yg baik), tahun depan ni target seekor lembu tak lagi satu bahgian memanjang..., pergi jalan2 makan angin sanggup pula berabis (saya lah).

TKO tak buat program 'simpan untuk qurban' ker.. saya pun tak semak2 posting kat sana.Saya pk nak join PKR Kuantan shjlah tahun depan...PAS pun kurang menyerlah nampaknya.

p/s t/kasih atas kunjungan unity :)