Thursday, December 4, 2008

Jangan ditanya kemana aku pergi...



Mulai esok saya mungkin tidak akan menjengah internet ini, baik blog mahupun egroups. Sempena aidul adha saya mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban kepada semua pembaca.Mudah-madahan amalan qurban kita diterima Allah dan semuga jemaah haji dapat mengerjakan haji sebaik mungkin. Mudah2an kita dapat bertemu kembali selepas bercuti nanti.

Tuai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
Tak payah intailah, pasti tak nampak,
habis cuti insyaAllah terus bersiaran.


Kepada yg menghulurkan tali ukhwah, saya ucapkan jazakallah khairul jaza'. Kepada yang menghulurkan tali kasih saya ucapkan terima kasih. Apa pun keputusan saya,saya menghaharapkan tiada hati yang terluka, tiada jiwa yang merana. Kalau terluka atau terkeciwa , pandai pandailah cari penawar. Bak kata lirik lagu syarifah Aini'janganlah aku disalahkan, jika kutinggalkan kamu. Salahkanlah diri mu sendiri , apa yg telah kau lakukan..." cewah macam buat sandiwara. Hanya yg terlibat sahaja yang akan faham , yg tak faham tu tak perlu perah otak untuk faham. Ini semua sandiwara semasa...dunia ini pentas, kita pelakunnya.

Kita akan sampai juga ke destinasi.Cuma lambat atau cepat sampainya. Kemudian nanti di kampung akhirat, insyaAllah kita akan bertemu. InsyaAllah pertemuan kita di jannahNya.Oleh itu sama-sama lah kita berdoa mendapat khusnul khotimah, kesudahan yang baik. Kita teruskan pelayaran kita dengan 'bahtera' masing-masing. Sendirilah nakhodanya.Mudah2an dimudahkan Allah perjalanan kita. Amin ya rabbal 'alamin.




No comments: