Friday, July 4, 2008

Pukong-Cara melenakan anak bukan mendera

Inilah gaya kena pukong. Pukong adalah amalan tradisi kaum Banjar untuk melenakan anak dalam jangka masa yang lebih panjang dari cara tidur biasa. Mungkin bagi mereka yang tidak biasa dengan kaedah ini, merasakan bayi akan tercekik atau bongkok bila sudah dewasa kelak.

Hal ini tidak benar. Pukong ada seninya tersendiri. Kain yang digunakan untuk mengikat leher bayi itu adalah kain batik yang dilipat lebar bukan tali kecil seperti tali peng-ampai kain! Dengan cara ini leher bayi disokong bukan dijerut.Bayi akan dapat tidur lena seperti dibedung.

Kali terakhir keluarga kami mengamalkan pukong ini ialah pada tahun lepas. Memandangkan cucu kakak saya agak sukar tidur lena dan lama , kakak saya telah mencuba kaedah pukong ini dan ternyata ianya berkesan . Cuma pasangan ibu bapa sekarang agak sukar untuk mengamalkan kaedah ini kerana ianya berbeza dengan nasehat pakar perbidanan dan doktor perubatan yang mungkin tak pernah melihat cara pukong yang betul.

Bagi adik-beradik saya pula, kaedah ini biasa dan kami semua memang pernah kena pukong. Menurut ibu saya, dengan cara inilah banyak kerja rumah dapat diselesaikan oleh ibu2 yang tinggal dikampung yang tiada orang gaji/pembantu rumah. Sungguhpun kaedah ini terkenal dikalangan orang banjar tetapi sebahgian besar orang Indonesia juga mengamalkannya.

Kaedah ini juga mengelak bayi dari terlalu dimanjakan dan merengek. Ketika bayi selsema atau demam kaedah ini melegakan pernafasan kerana mereka tidur dalam keadaan duduk dan hidung dapat bernafas lega berbanding dengan tidur dalam buaian seperti biasa.

No comments: