Tuesday, July 8, 2008

Ingat Allah hati akan tenang

Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Namun bukanlah semudah itu untuk mencapai ketenangan jiwa jika tidak kita usahakan kearah mengingati Allah pada setiap degup jantung. Semua ini memerlukan latih tubi sama ada melalui jalan berzikir beramai2/berkumpulan atau secara sir (perlahan). apabila zikir itu sudah sebati dengan diri maka terjadilah apa yg menjadi kebiasaan para nabi dan rasuli aitu , mata mereka tidur tetapi hati mereka berjaga.

Bila tahap ini dicapai maka Allah menyeru hambanya dengan penuh takzim,seperti firmannya dalam surah al-fajr ayat 27-30:
mafhumnya: "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - "


"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !


"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia"


"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "

Marilah kita berzikir dan membanyakan hafazan ayat2/kalimah zikir. InsyaAllah nota ini bersambung.

No comments: