Wednesday, June 4, 2008

Tidur yg panjang

Kamar beradu pra-masyar

Deringan talipon tidaklah memeranjatkan , apatah lagi sememangnya dari nombor yang telah kita kenali. Talipon bimbit saya berdering ketika saya solat, saya memanggil semula selepas solat. Maklong yang menjawap panggilan tidak seceria selalu, dia minta maaf terlebih dahulu kerana tak teringat untuk memberitahu anak keduanya sudah meninggal pada hari Jumaat malam sabtu yang lalu.

'Innalillahi wa inna ilaihirojiuun' itulah kalimat yang tersembur dari mulut saya bersama nada kesal, terharu dan terkejut bila selesai Maklong memberitahu hal. Maklong tak tahu apa sakit anaknya, yang dia tahu ajalnya sudah sampai. Saya hanya mampu menyuruh bersabar, ayat2 lazim yang segera dituturkan oleh sesiapa yang mendengar berita kematian. Ya maklong redho anaknya pergi lebih dahulu darinya. Dia kini berada di rumah anak sulungnya sebelum diambil oleh anak bongsu beberapa hari lagi. Mungkin akan berada lama di rumah anak2 sebagai usaha cuba melawan emosi yang terganggu.

Petangnya saya pergi ke rumah balunya untuk menziarahi. Yang ada hanya tiga dari empat anaknya . Ibu mereka keluar membuat laporan polis , menyelesaikan hal tuntutan dan beberapa hal lain.Semuanya mesti dibuat segera sebelum sekolah dibuka semula. Balu yang sepatutnya berkabung dalam eddah selama empat bulan apabila kematian suami sudah tidak lagi dapat berbuat demikian kini. Saudara mara sibuk dengan hal urusan masing2, tak ada yang dapat meluang masa membantu balu kematian suami.

Saya tak dapat menunggu lama kerana pulangnya tak pasti. InsyaAllah esok sahaja saya susuli. Bukan sekadar mahu ziarah, malah kalau mampu ingin menyumbang tenaga. Maklum balu itu tak boleh memandu kereta. Anak2 masih sekolah. Anak bujang yang menemankan dia juga masih sekolah menengah belum layak mangambil lesen memandu. Dapat saya rasakan betapa peritnya kehilangan orang tersayang secara tiba2. Mereka sekeluarga terakhir datang bertamu dirumah saya selepas PRU12, belum 3 bulan lagi. Sememangnya mata jahil saya tak dapat menelah apa2 petanda keganjilan pada arwah yang memang tak biasa saya temui.

Sempat saya bertanya kepada anak sulungnya yang kini di matrikulasi. Apa puncanya. Dia kata tak ada punca , cuma sakit biasa yang menyerang sekali sekala. Masuk hospital tengahari dan doktor bagi ubat penenang.Dia tidur dan terus tak bangun. Tak pasti sebenarnya bila nyawanya diangkat. Tetapi yg sedihnya terpaksa dibedah siasat kerana doktor tak dapat memberikan kepastian apa punca kematian. Siksa mayat. Kalau tak ikut prosidur pula, nanti jadi masalah masa buat tuntutan insuran. Itulah dunia kita yang penuh dengan prosidur, itu belum prosidur di padang masyar.

No comments: