Wednesday, June 11, 2008

Tidur lagi


Mak saya begitu runsing dengan mimpi gigi tanggal 2 minggu lepas..
Kakak sulung saya begitu runsing dengan kokokan burung hantu sahut menyahut depan pintu rumah .Metos tradisi keluarga berjaya membuat kami sedikit sebanyak gawat tak tentu pasal. Masing2 bertanya tanya , siapa dia yang akan pergi dulu antara kami yg masih belum diajak 'tidur'.

Kakak saya ketika berada di Mekah bermimpi mayatnya sudah diusung ke perkuburan Ma'allak. Satu impian mahu berkampung dengan Siti Khatijah. Menantikan saat saat men'cemas'kan, bimbang yang pergi tak akan pulang, gawat juga perasaan dibuatnya. Akhirnya Jordan Airline selamat mendaratkan tiga sekeluarga ke tanah air mereka pada 8 Jun 2008. Metos mimpi gigi tanggal dan burung hantu , akhirnya terkubur bersama degup jantung yg berlari kencang.

Kini irama jantung kembali normal. Sedangkan izrail terus meneropong jiwa yang diajak 'tidur' oleh tuhanNya . Arwah arwah yang telah lama lena, menanti kaum keluarga mereka untuk beradu di taman2 sementara. Aku kah, dia kah atau engkaukah yang akan beradu terlebih dahulu? Bilik tidur/beradu itu sempit sekali. Nyamuk pun tak bisa menghimpit. Ulat2 sudah tidak bisa kenal cengkih lagi, mungkin akan santap seenaknya meratah daging2 yang lembut akibat mutivitamin dan kolagen yang mahal harganya.

Apa yang ada dalam bilik tidur yang sempit dan sendat itu? Ada yang kata tak ada apa2. Tak ada seksa kubur.Semuanya lena sahaja sementara menunggu al-zalzalah. Semua teka teki itu nantinya akan terjawap sendiri. Ada baiknya diusahakan untuk dapat selesa dalam tidur yang tiada mimpi lagi. Perlu kita menyelak diari hidup yg telah berlalu sekadar untuk lagi membiarkan mukasurat seterusnya lompang ibadah. wallahu'aklam.

No comments: