Tuesday, August 3, 2004

Hukum menjauhi orang yg menyakiti kita

Soalan:

1.Adakah berdosa sekiranya kita berasa marah/kecil hati dengan kata-kata/perbuatan seseorang Muslim yang lain, lalu akibat terlalu kerap berlaku, kita mengambil keputusan untuk menjauhinya untuk mengelakkan hati kita berasa tidak selesa / tidak tenang?

2.Bagaimana jika situasi di atas berlaku kepada orang yang pernah merogol/mencabul/menghina kita di khalayak ramai/mengganggu rumahtangga kita? Manakah yang lebih patut dilakukan: bersabar dan menguatkan hati melayan kehadiran orang yang kita benci, ataupun menjauhinya untuk melupakan perbuatannya dan mengurangkan tekanan perasaan kita kerana kehadirannya?

.

Jawapan:

1) Dalam hal tersebut saudara perlulah mengawal perasaan marah dan memberi tunjuk ajar kepada muslim tersebut ke arah menyatukan silaturrahim. Maksud hadis "Berbuat baiklah kamu kepada orang yang menyakitimu"

2) Perbuatan yang dinyatakan (merogol, mencabul, menghina dan menganggu) adalah termasuk dalam perbuatan dosa yang sememangnya perlu dihindarkan atau diberi balasan yang setimpal ke atas pelakunya. Oleh yang demikian saudara hendaklah mengambil langkah-langkah supaya orang berkenaan mendapat hukuman daripada perbuatannya dan hendaklah anda menjauhi diri darinya..

.

No comments: