Thursday, August 26, 2004

Nak beli iman berap harganya?

oleh: Latifah Abdul wahab

Bila berurus niaga tak sah kalau tak tanya harga. Tentu orang rasa pelik kalau ada barang percuma. Kita akan tanya macam2 soalan kalau sesuatu ada ganjaran tanpa harga $$$. Kita jadi curiga satu macam bila barang tak ada harga. Itulah sifir manusia, ada rupa ada harga. Ada jenama ada gaya, biyor pape ase bergaye (kata orang Perak).

Dalam kesibukan tugas dan urusniaga, setiap orang akan mengeluh 'tak ada masa', 'tak cukup masa' , tak sempat dan berbagai bagai alasan yang asasnya ialah masa. Firman Allah swt dalam surah al-Asr mafhumnya " Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-besan dengan kesabaran"

Saya menyempatkan masa membaca majalah Wanita keluaran Ogos, punyalah tak sempat masa. Apa yang menarik dalam majalah wanita? Biasa sahaja , nama pun Wanita, tak sah kalau tak ada cerita nak cantik. Untuk cantik wanita sanggup bebelanja besar dan kadang2 sanggup 'ikat perut'. Mereka akan mencari masa dan wang untuk pergi ke salun-salun kecantikan untuk jadi langsing, jadi putih dan gebu dan dewasa ini belumba lumba nak jadi lebih muda (awet).

Maka tumbuhlah berbagai perniagaan berasaskan kecantikan.Be-young, bioyoung,biospray , forever young dan macam macam lagi unsur HGH (human growth hormon) memenuhi selera wanita dan lelaki. Produk-produk ini bersaing antara satu sama lain dengan jenama yang pelbagai. Kesan sampingan diberitakan sebagai 'minima', siapa tak mahu muda dan cantik berseri. Wang boleh dicari asal puas hati.

Dalam pada itu kita terbaca juga kes-kes kanser yang disebabkan antaranya dari pemakaian kosmetik yang mengandungi bahan kimia mercury dan lainnya. Saya ada berita sedih tentang seorang wanita yang meninggal dunia kerana produk pelansing badan. Saya tak tahu sangat tentang produk ini, kerana saya tak minat. Berita ini saya dengar selepas kematian beliau, dia mengambil pil2 tertentu dari sebuat klinik di KL. Kerana terlalu excited dia mempromosi ubat tersebut kepada beberapa kenalan, tetapi orang lain tak begitu minat. Hampir setahun mengambil ubat tersebut, bukan sahaja dia jadi kurus malah hilang selera makan yang akhirnya menderita macam2 penyakit lain disebabkan tak cukup nutreint dalam badan.

Sedih bukan kerana apa, wanita ini saya kenal dengan sifat yang baik, peramah , mengurus jemaah buat umrah/haji dan mempunyai bentuk badan yang sudah cukup baik (tidak terlalu gemuk, malah ideal untuk ketinggian beliau). Setiap kali melihat gambar saya bersama beliau sedih betul, walau pun itu sudah takdir yang jadi punca ajal tetapi ia menjadi pengajaran kepada saya supaya bersyukur dengan apa yang telah sempurna. Kita sepatutnya menjaga makan-minum secara sederhana , berbelanja dengan sederhana, memberi sedekah bila ada kelebihan harta/wang, menyibukkan diri dengan ilmu dan beramal bila sahaj ada kesempatan.

Masa bukan alasan, insyaAllah jika setapak kita ingin mendekatkan diri kepada Allah s.w.t untuk membeli iman, Allah s.w.t akan memberi kita seribu kelapangan. Pesan astazah Sarijah Bejo (Jakim) amalkan solat di awal waktu, insyaAllah kita akan dapati masa kita amat banyak terluang terutama solat Asar. Saya dah amalkan dan teryata memang masa petang itu jadi 'panjang' sehingga boleh membaca beberapa ayat al-Qur'an , berasa tenang dan lapang dan dengan sendirinya hilang 'stress'. Ini patut diamal oleh semua mereka yang berkerja kerana waktu petang tenaga sudah banyak habis di Pejabat.

Kalau nak langsing puasalah, tapi niat kerana Allah s.w.t bukan kerana nak lansing. InsyaAllah akan langsing juga. Amalkan makan kurma (tak susah nak beli sekarang ni) dengan air suam di pagi hari atau sebelum sahur, insyaAllah anda akan lawas dan membantu langsing perut dan badan. Yang perut buncit/boroi tu pun boleh amalkan :). Khusus untuk jejaka yang buncit boleh amalkan jogging ke Masjid terutama waktu Subuh, Maghrib dan Isya. Ini program percuma tanpa bayar.. tawaran hebat lagi berkat. sekian wassalam.

No comments: