Thursday, August 26, 2004

Hujan Rahmat dan tawakkal

Semalam hujan rahmat turun mencurah di Kuantan, sudah begitu lama tak hujan. Kebetulan saya ke Bandar jadi hujan dalam perjalanan .Turun hujan adalah rahmat, tak payah kita siram pokok bunga :))

Tetapi masih ramai yang menyumpah-nyumpah kalau hujan contohnya askar2 yang sedang camping untuk hari kemerdekaan. Mereka terpaksa masuk dalam 'tent' yang telah siap diatas padang dan tergendala semua kerja 2 yang telah dirancang akan siap mengikut jadual (jadual manusia,bukan jadual Allah). Mujur kerja2 penurapan jalan yang berharga jutaan itu telah siap, sekarang tinggal nak siapkan kereta berhias dan menghias bandar Kuantan. Jalan jam tak boleh ceritalah, maklum cuti Sekolah ,lebuhraya baru yang masih free itu ingin dicuba oleh segenap lapisan masyarakat Msia yang begitu prihatin dengan tawaran percuma. Kuantan jadi sasaran utama.Hari ini dan esok sure bertambah sesak kerana orang ke Kelantan... muktamar.

Kawan saya yang 'dengki' dengan perayaan merdeka ini terus memanjat doa.." biarlah hujan macam ni Hari 31 Ogos' nanti.." katanya dalam nada geram :). Saya kata orang yang terlibat tu bukan bodoh, depa panggil bomoh hujan awal-awal lagi untuk hari tu...hebat orang kita ni boleh jampi hujan turun kat tempat lain . Memang perayaan begini bukan sahaja membazir wang , membazir masa malah amat memenatkan. Tapi dari satu sudut lain ia merupakan rahmat, mana tidaknya kontaktor jalan dah tentu dapat 'durian runtuh'. Pembuat2 banner/kain rentang, kilang cat, kilang t-shirt, syarikat2 iklan, peniaga2 kecil tentu akan dapat laba hasil dari perayaan pada hari itu jika mereka dapat peluang dan cari peluang. Ia menjadi semacam dacing, berimbang. Rugi di sini untung di sana. Orang lain rugi orang lain untung...bijak.. bijak.

Macam yang saya janji, nak citerlah pasal tawakkal. Ada sorang hambaAllah yang seofis saya. Dia ni memang nampak macam kurang cerdik dari cara dia cakap dan feel dialah. Bila pejabat kami di 'perbadankan' , option untuk meniggalkan perkhidmatan kerajaan pun diberikan kepada pekerja. Dia antara yang memilih untuk 'pencen' w/pun umur belum pencen lagi ( macam saya lah..:)). Tapi hambaAllah ni lelaki , ada anak isteri jadi macam mana dia punya tawakkal? Pada saya tawakkal dia tu jauh lebih hebat dari saya, sebab dia tak ada satu jawatan besar pun menanti, hanya kerja sambilan sebagai agen dan distributor beberapa MLM.

Mula2 dia dikata bodoh sebab suruh isterinya berhenti dari menjadi guru. Seofis kutuk dia, macam2 orang buli. Bayangkanlah bila guru berhenti belum umur 40, apa dapatnya. Pencen tak dapat, ganjaran 'illek'. Tapi sahabat kami ni tawakkal habis, dia ada empat orang anak kecil. Masa isteri kerja , gaji habis kos jaga anak 4 orang tu.. balik letih rumah tak terurus w/pun cikgu kerja separuh hari, campur CO-kurikulum , selalu juga balik ewat. Jadi dia suruh berhenti. Bila berhenti, anak-anak isterinya jaga, yang selalu demam dah kurang deman kerana makan minum terurus. Lepas tu tup tup sorang demi sorang kawan ofis minta isterinya jaga anak mereka hingga sekarang ada 6 orang budak isterinya jaga. So berkat tawakkal tu... reqeki yang hilang aqibat berhenti kerja telah diganti dengan rezeqi lain pula, isteriya tak payah keluar rumah, tak perlu beli baju cantik2, kurang mengumpat dan terumpat.

Jadi siapa yang jadualkan semua tu... dia sendiri memang tak pernah reka apa bentuk rezeki yang dia nak dapat bila isteri berhenti kerja, semata-mata jaga anak. Tak pernah dia iklan untuk jaga anak orang lain, kawan yang mengutuk pun rasa 'hemoi' (malu alah ). Masa dia nak pilih option berhenti dulu. semua orang kutuk, orang kata "engkau nak makan apa anak2 makin besar, isteri tak kerja , engkau punya duit pencen tak sampai RM500.00."Dia nekad sahaja, katanya rezqki di'tangan' Allah swt. Tapi bodo-bodo dia ni pun dulu2 dia ada beli rumah kedai kos murah, sekarang disewa dan penyewa pula tak culas bayar sewa. Dapat RM800.00 dah boleh selesaikan hutang rumah dan api+air, yang lain dia usaha berniaga kecil2 ikut mampu.

Begitulah cerita tawakkal yang mana kebanyakkan tawakkal memang nampak bodoh. Tetapi nikmat dari persembahan seluruh keyakinan kepada Allah swt , hanya orang yang bertawakkal sahaja yang dapat berasai, orang lain tak tahu. Kebanyakan kita sekarang ikut sifir manusia, 1+2=3, bila tak dapat jawapan macam dirancang maka kecewalah kita. Nak cerita banyak tentang tawakkal ni susah juga sebab mungkin ramai orang kata. cakap tak serupa bikin. Orang hanya akan terkedu bila dah nampak hasil. Saya lihat banyak usaha yang terbengkalai sekalipun sudah ada rancangan yang rapi, kos yang mencukupi, sistem yang canggih dsb. Lain dirancang lain yang jadi...

Mesej yang saya nak tekankan ialah pergantungan diri kita dengan qada dan qadar Allah swt itu wajib mendahului segalanya , insyaAllah kita tak akan rugi sekalipun orang keliling akan kutuk. Firman Allah swt dalam surah at-taubah ayat 51 mafhumnya "Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal. "

Banyak lagi ayat2 lain tentang tawakkal, tawakkal setelah ada azam, sebelum kita usaha kita dah patut
bertawakal. Dan jangan lupa apabila Allah memberi kelapangan maka rebutlah peluang itu untuk beramal ibadah dan memenuhi masa sebaik mungkin. Setiap minit yang kita sia-siakan maka diakhirat kita akan menyesalinya dan kita tak akan dapat kembali semula untuk mengulang 'hidup'. Fikir2kanlah.
la-abwa

No comments: