Thursday, April 29, 2004

Ganjaran taatkan Rasul

SEORANG sahabat berkata kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah,
sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku.

"Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka
aku tak akan tahan memendam rasa rinduku sampai aku datang dan
memandang wajahmu. "Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa
sangat sedih, kerana aku tahu bahawa engkau pasti akan masuk ke dalam
syurga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain.

"Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga, aku khuatir
tak akan dapat melihat wajahmu, kerana darjatku jauh lebih rendah
dari darjatmu."

Mendengar kata-kata sahabat yang mengharukan itu, Nabi tidak memberi
sebarang jawapan sehinggalah malaikat Jibril turun dan membawa firman
Allah yang bermaksud:

"Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan
bersama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu
nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka
itulah teman yang sebaik-baiknya." (Surah an-Nisaa', ayat 69).

Daripada maksud ayat di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa mentaati
Allah dan Rasul-Nya akan diberikan nikmat yang paling tinggi iaiatu
dapat bersama dengan golongan solihin di syurga.

Mentaati Allah dan rasul bermakna melakukan amalan yang dituntut oleh
Allah dan menjauhi larangannya, manakala mentaati rasul bermakna
mengikuti sunnah sedapat mana
berita harian 29/4/04

No comments: