Saturday, October 4, 2008

Bukan aku tak sudi

Diam tak diam ,kita sudah masuk hari ke-5 Syawal. Suasana hari raya masih terasa terutama bila jiran-jiran mula riuh rendah dan kanak-kanak mundar mandir mencari rumah yang sudi 'buka pintu'. Hari ini saya memang tak begitu sehat, demam selsema masih berbahang, selepas subuh dan mengaji rasanya tak terdaya nak menyediakan sarapan.Saya biarkan saja ibu saya menyediakan nasi goreng 'simple' sedangkan saya asyik melayan batuk dan badan yang 'malas' kerana suhu yang panas. Saya merehatkan badan berbaring tapi berawas agar tak terlelap. Saya perlu bersarapan dan makan ubat habbatussauda yang dibekalkan oleh kawan. Katanya bagus untuk batuk. Mungkin juga, ada rasa ringan di dada.

Kesempatan akibat tak berdaya bangun itu saya menghantar beberapa SMS kepada rakan2 lama di KL dan saudara mara. Tak sempat mengucap selamat hari raya sebelumnya.Sambil itu saya memadam sms yang sudah memenuhi 'inbox'. Saya melihat ada SMS yang belum saya balas dan sememangnya tak mahu dibalas. Ada 'miss call' yang memang sengaja saya biarkan.Bukan tak sudi, tapi malas. Bukan sebarang malas tapi malas 'bersebab'. Sebab yang susah dimengerti.Kalau saya balas SMS dia tahu saya ada dan dia akan call, bila jawap call nanti dia cakap merapu. Itu yang malas. Malas bercakap dengan orang yang tak faham bahasa dan hukum hakam. Lebih-lebih lagi kalau ada kaitan keluarga, silap cakap hati terluka, lebih baik buat 'derk' .


Baru sejam tadi ramai kanak-kanak beri salam. Pintu pagar rumah memang tak berkunci, saya di dalam baru selesai sarapan tengahari, rasa nak berehat sikit sementara badan pulih. Malas nak buka pintu tu sebab tahu sangat budak2 tu datang nak kutip duit raya. Rasa macam nak hulur saja sampul ampau.Tapi tak jadi,nanti depa panggil geng datang ambil sampul ampau pula... tak mau ajar budak2 buat macam tu. Jadi buat 'derk' lagi.Bukan tak sudi nak terima tetamu, tapi saya masih lemah lagi.

Nanti lepas sorang sorang depa panggil geng macam tahun lepas. Dalam keadaan mak saya tak sehat kakinya, saya masih sakit badan memang tak terdaya melayan budak2.Akhirnya mereka pulang hampa, kesian pun ada tapi tak daya. Ini saya menulis sementara menunggu waktu solat, lepas ni nak tidur. Jika terdaya , nak berziarah petang ni.

No comments: