Agaknya inilah yg dikatakan oleh peribahasa melayu, rumah dah siap pahat masih berbunyi. DSAI dah menang, Saiful sudah bersumpah tinggallah ustaz Ramlang terkial-kial menepis 'arus' yg melanda dirinya akibat tekanan dua pihak yg bertelagah.
Satu lagi peribahasa yg sesuai dengan keadaan ini ialah " gajah sama gajah bergaduh , pelanduk mati di tengah2. Mudah2an ustaz Ramlang dapat mengatasi kekusutan ini dengan kesabaran dan keimanan yg teguh.Inilah cobaan sebagai seorang Imam di zaman sumpah menyumpah ini agaknya.
Mungkin untuk menyelesaikan pertikaian ini Ustaz Ramlang pula perpaksa bersumpah di saksikan oleh semua menteri kabinet BN dan semua ADUN pembangkang. Baru puas hati masing2. Sepatutnya kalau sumpah mubahalah, kedua2 pihak yg terlibat mesti setuju bersumpah bukan satu pihak sahaja bersumpah. Nanti kalau si Saiful tu terkena cirit birit masuk hospital tentu semua wartawan BR akan kata itulah balasan sumpah , walhal itu sakit biasa. Kalau DSAI pula yg masuk Hospital tentu semua media BN terutama TV1 buat life telecast untuk mengutuk, walhal mungkin dia kambuh sakit2 lama. Itulah bahayanya kalau sumpah dijadikan mainan hukum. SMI (Sendiri Mau Ingat) .
Kesian, jadi saksi sumpah pun dihukum.
Ini sudah lebih dari lirik lagu 'bangau oh bangau".
Imam oh imam kenapa engkau jadi saksi?
Macam mana tak jadi saksi, aku ikut arahan
imam oh imam siapa arahkan kamu?
Manalah aku tahu, itu bukan urusan aku
Imam oh imam, kenapa mu pecah tembelang?
Macammana aku tak pecahkan, itu kebenaran
Imam oh imam,Kenapa ikut arahan?
macam mana aku tak ikut, itu dah tugas aku
Imam oh imam, kenapa engkau tak bantah
Macam mana aku nak bantah, aku tak tahu menahu.
(siapa nak sambung, sambunglah.. .)
Ramlang berdepan tindakan disiplin
Oleh ARSHAD KHAN
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi bakal dikenakan tindakan disiplin kerana terbabit secara langsung dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru- baru ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, pihaknya sedang meneliti bentuk tindakan yang boleh diambil terhadap imam berkenaan kerana melanggar etika tugas dengan terbabit dalam politik.
"Saya akan lihat prosedur kerajaan yang sesuai sebelum tindakan dapat diambil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas bila dan apakah bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ramlang.
"Saya akan buat kenyataan lengkap kemudian nanti," katanya.
Ramlang merupakan imam yang menyaksikan Mohd. Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah laknat membabitkan dakwaan liwat ke atas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.
Ramlang kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila muncul di atas pentas politik ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan mendakwa telah 'dipaksa' dan diarahkan oleh 'orang atasannya' menjadi saksi Mohd. Saiful.
Sumber: klik di sini
Ramlang diminta mohon maaf
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Prof. Madya Khairil Annas Jusoh hari ini menuntut Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi dan akhbar Suara Keadilan serta Siasah meminta maaf secara terbuka kepadanya.
Beliau berkata, tuntutan ini berhubung penyiaran kenyataan fitnah Ramlang di dua akhbar tersebut yang telah mengaitkannya sebagai orang yang mengatur dan menguruskan acara sumpah laknat bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Katanya, berita yang memetik wawancara dengan Ramlang itu adalah tidak benar sama sekali kerana beliau bukan sahaja tidak pernah mengenali Ramlang tetapi juga tidak pernah menghubungi, bertemu, berinteraksi atau bercakap dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan itu.
''Oleh itu, tuduhan Ramlang Porigi yang mendakwa bertemu saya di Masjid Wilayah Persekutuan dan bahawa sayalah yang mengatur dan menguruskan majlis sumpah Mohd. Saiful adalah satu pendustaan.
''Kenyataan Ramlang melalui temuramah dan artikel yang disiarkan adalah amat tidak bertanggungjawab.
''Dakwaan beliau yang tidak benar itu telah menganiayai saya dan mencemarkan nama baik saya sebagai penjawat awam,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.
Artikel mengenai isu itu disiarkan Suara Keadilan di muka surat 11 di bawah berita bertajuk 'Najib dalang sumpah - Imam Ramlang Porigi' dan 'Imam dedah cerita sebenar - kempen liwat BN hancur' pada edisi 27 Ogos 2008 - 3 September 2008.
Selain itu terdapat rakaman video temuramah dengan Ramlang di dalam Suara Keadilan Online yang dimuatkan pada 25 Ogos 2008.
Sementara dalam akhbar Siasah, ia disiarkan di muka surat tiga di bawah tajuk 'Siapa malu besar di Permatang Pauh' yang dimuatkan dalam keluaran akhbar itu yang bertarikh 31 Ogos 2008 - 6 September 2008.
Ramlang merupakan imam yang menyaksikan Mohd. Saiful membuat sumpah laknat ke atas Anwar yang berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.
Ramlang bagaimanapun kemudiannya mencetuskan kontroversi apabila muncul di atas pentas politik ketika Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh untuk mengumumkan bahawa dirinya telah 'dipaksa' untuk menjadi saksi Mohd. Saiful dengan mendakwa diarahkan oleh 'orang atasannya'.
Sementara itu, tegas Khairil, selain menuntut Ramlang dan akhbar itu meminta maaf, beliau juga mahu mereka menarik balik dan memperbetulkan semula kenyataan yang salah lagi mengelirukan dalam keluaran akhbar itu yang akan datang.
''Saya turut menuntut agar kenyataan akhbar ini diterbitkan di halaman utama kedua-dua akhbar tersebut.
''Apa pun pada ketika ini, peguam-peguam saya sedang meneliti untuk mengambil tindakan berasaskan undang-undang dan saya merizabkan semua hak-hak saya terhadap Ramlang dan kedua-dua akhbar tersebut,'' tegasnya.
Pada perkembangan yang sama Khairil menambah, dakwaan Ramlang bahawa berlaku pertemuan pada tarikh 15 Ogos antaranya dengan Imam Masjid Wilayah Persekutuan itu juga adalah tidak benar.
Katanya, ini kerana ketika itu beliau sedang berada di Pulau Pinang bersama ahli keluarga dan sahabat handai yang dengan itu, amatlah tidak munasabah untuk dirinya boleh berada di dua tempat pada masa yang sama.
''Akhbar Suara Keadilan dan Siasah juga tidak pernah sama sekali berusaha mendapatkan komen daripada pihak saya mengenai dakwaan Ramlang sebelum menerbitkan artikel temuramah tersebut.
''Kepada Ramlang, saya menuntut agar beliau tampil membersihkan nama saya dan tidak berbohong dalam hal ini. Sebagai seorang pegawai agama, saya yakin beliau seharusnya memahami yang fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh,'' tegasnya.
Sumber: klik disini
Friday, September 5, 2008
Rumah siap pahat masih berbunyi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment