Alhamdulillah,Ramadhan kali ini ada tetamu yang saya raikan. Maklong yang baru kematian anak lelaki bulan Mei yg lalu sudi bertamu selama 5 hari. Kali terakhir beliau bertamu ialah kira-kira 2 minggu seblum anaknya meninggal. Begitulah ajal, bila sampai waktu walaupun perancangan masih banyak yang terlaksana, appointment dengan malaikat maut tak siapa yang dapat menghalang.
Hajat utama maklong ke Kuantan ialah untuk mendaftar upah haji (badal haji) untuk arwah adik iparnya. Saya menemankan maklong ke pejabat Rayhar Travel & Tours melangsaikan hajat maklong dengan kadar upah RM1700. Duit tu bukan duit pusaka keluarga tetapi duit maklong sendiri . Sebelum ni maklong mengajak saya mengerjakan umrah tetapi saya nasehatkan simpan dulu hasrat tu atau beri kepada orang lain yang kesempitan wang untuk mengerjakan haji. Lagipun kalau pergi dengan 'mahram tumpang', saya keberatan. Lebih-lebih lagi mak saya masih perlukan perhatian/rawatan.
Kematian anaknya diredhoi tetapi hati ibu mana yang tahan menaggung kesedihan? Begitulah maklong,cerita kematian anaknya mendominasi sembangnya sama ada di rumah mahupun ketika bertemu orang lain.Ada ada sahaja kisah arwah anaknya yang menjadi bahan bualan. Maklong menyifatkan arwah anaknya sebagai anak soleh yang seumur hidupnya tak pernah membantah cakap maklong, anak yang paling senang dibela, paling taat dan paling 'warak' dari empat beradik. Tetapi ujian bagi anaknya juga hebat, ditimpa penyakit pelik yang akan 'mengamuk' pada masa2 tertentu dan terpaksa makan ubat penenang. Dan kemungkinan juga ubat penenang itulah juga yang membawanya 'tidur tenang' dan kini,tidak lagi menyusahkan sesiapa.
Sembang-sembang di bulan Ramadhan terpaksa dikawal supaya tidak terleka sehingga mengabaikan tilawah. Saya ada target saya, untuk mengkhatam sebelum 17 ramadahan , insyaAllah. Maklumlah kami orang perempuan ada 'jadual' cuti yang perlu diingati. Untuk itu, sehari mesti khatam lebih kurang 2 juz (juzuk).Kehadiran tetamu sedikit sebanyak menjejaskan jumlah bacaan. Tetapi saya tetap melayan sebaik mungkin. Juadah berbuka masak sendiri, maklong gembira sekali kerana dapat minum air kelapa muda dan mangga masak di pokok.
Satu hari saya bawa pulang beberapa barang makanan yang kehabisan di rumah termasuklah sebotol Jus kurma HPA, ubat batuk HPA (madulia) dan herba tuju angin yang dipesan maklong. Emak saya bertanya tentang botol yang saya letakkan di hadapannya, maka saya jawap lah "itu jus kurma". Oleh kerana pendengarannya yang semakin berkurangan , dia tak berapa dengar atau memang tak faham apa maksud Jus, mak saya mengulang tanya :" juz quran?", wajahnya keliru.
" Bukan juz Qur'an, jus kurma. Kurma tu diperah lepeh tu buat ayaq , macam pati kurma lah ..." maklong tolong menjelaskan disambut ketawa kami geli hati. " hmm mana aku tau juz pulak, orang baca qur'an yang ada juz " , mak saya terus nak pertahankan tanggapannya tentang istilah "jus" yang disalah tafsir sebagai 'juz' atau juzuk al-qur'an. Begitulah zaman dah berubah , dunia dah maju. Istilah pun dah semakin keliru lebih2 lagi bagi warga tua macam mak saya.
Kehadiran maklong dirumah saya manfaatkan dengan meminta beliau memasak beberapa resipi berbuka.Saya buat 'barter trade' dengan maklong . Kalau maklong nak saya jahit baju maklong, maklong kena masak. Mula-mula maklong keberatan, katanya dia tak tahu masak cara moden takut tak sedap. Saya tetap mendesak, kerana saya tahu dulu2 maklong berniaga jual kueh. Akhirnya maklong setuju buat kueh cucur badak, karipap (kulit lembut) dan mee rojak.
Alhamdulillah dapat resipi2 lama , disamping beberapa resipi yang hanya sempat diceritakan sahaja. Mak saya hanya menonton kami bercerita dan membuat kueh, dia tak berapa ambil pusing dan kurang berminat. Dia cuma minat makan :).Ada sekali dia menyampuk ,seakan bercakap sendiri " tak tau lah hangpa punya resipi, resipi aku dah siap. Resipi nasi dengan sambai." Kah kah ...lawak.
Sunday, September 14, 2008
Jus kurma vs Juz Qur'an & Resipi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment