Sunday, September 21, 2008

Bila keranda diusung

Beberapa hari yang lalu secara spontan saya ada berbicara secara 'virtual' dengan seorang rakan mengatakan hasrat saya ingin menulis satu tajuk "Bila kerandaku diusung". Dalam plot di minda saya ianya adalah satu tazkirah kematian yang perlu diingati untuk menjana motiovasi diri agar terus berasa selesa beramal dalam apa juga keadaan. Maklumlah kita hidup dalam kemelut dunia yang semakin mencabar, sistem politik yang semakin goblok dan sosio budaya yang semakin kucar kacir.

Abu Hamid Allafaf pernah berkata: “Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam iaitu: segera bertaubat, terima terhadap rezeki (tidak tamak) atau qanaah dan tangkas beribadat.” (Kitab Tanbihul Ghafilin)

Ingat kepada mati, menjadikan seseorang itu akan segera bertaubat kerana mati itu rahsia Allah. Tidak ada seorang yang tahu bila dan di mana dia akan mati.Ia dijelaskan Allah dalam firman yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang mengetahui apa yang akan dilakukan esok hari, sebagaimana tiada seorang pun yang mengetahui di manakah ia akan mati.” (Surah Luqman, ayat 34)


Kebetulan semalam sebelum maghrib saya mendapat info SMS dari seorang rakan memaklumkan kepergian seorang lagi rakan kami yang dahulunya pernah berkerja sepejabat. Bekas Pengurus Cawangan itu meninggal akibat barah PD yang telah sekian lama dihidapinya. Beliau meninggalkan seorang suami dan anak-anak yang telah dewasa.Kisah beliau yang sakit dan diminta supaya dibawa pulang ke rumah (tak dapat dirawat lagi) sudah pun disampaikan kepada saya pada awal Ramadhan. Tak ada apa yang dapat saya buat selain membacakan surah yasin mohon diringankan azab beliau menahan sakit. Saya tak mampu melawat beliau kerana jarak kami hampir 700km, hanya doa yang dapat saya iringkan.

Kematian boleh diumpamakan sebagai daun yang gugur dari tangkainya. Ianya tak dapat dicantum semula kepada rantingnya dan dan akan menjadi khazanah alam kembali bila terkompos menjadi baja dalam tanah. Begitu juga manusia, mati yang tak akan berulang tetapi hidup akan berulang semula. Ada ayat sendaan yang sering dilaungkan oleh anak-anak muda "hidup hanya sekali, jom kita enjoy ", merupakan sendaan nakal boleh menjerumuskan remaja itu ke kancah maksiat yang bakal dikesali.

Memandangkan barah PD (breast cancer) merupakan gejala peragut nyawa yang semakin popular, seorang rakan saya menanyakan apakah tanda tanda awal penyakit tersebut untuk beliau berhati-hati dan mengambil tindakan pencegahan. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti,bagi saya apa pun penyakitnya, mati adalah pasti hidup insyaAllah. saya percaya semua penyakit yang membahayakan badan datangnya dari punca makanan melainkan penyakit keturunan. Jadi , penting bagi kita mengutamakan makan yang segera dan bebas dari bahan awet. Saya sendiri mengamalkan masak makanan sendiri bagi memastikan bahan makanan itu tidak ditambah sebarang bahan perasa. Ini hanyalah langkah berjaga2, jika terpaksa makan makanan yang telah tersedia, maka makanlah secara sederhana sahaja.

Pagi ini kira2 jam 11.00 khabarnya jenazah arwah kawan kami akan disemadikan tanah perkuburan di Alor Setar , Kedah.Semuga rohnya mendapat keberkatan akhir Ramadhan dan dihitung dikalangan hambaNya yang diredhoi. Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah.

1 comment:

Unknown said...

aku nak jadi manusia yang terbaik.. siapa yang nak menjerumus diri kedalam api neraka. Jika ditanya siapa pun takkan mahu ke sana. Tetapi, (mungkin alasan) kadang-kadang keadaan sekeliling tidak membantu untuk aku berubah. Sembahyang pada waktunya, tidak mengumpat dan sebagainya. Tapi keadaan itu tidak sukar untuk aku lakukan.. mungkin aku seorang manusia yang amat lemah imannya. Tolong lah aku agar aku boleh merubah diri kejalan yang lebih baik.... dan menempatkan diri di Firdausi...