Monday, June 16, 2008

The world is sleeping


Teman saya Sheh Mahmud di Kaherah pernah bilang 'umat Islam sedang tidur'.

Ada yang obssessed (PREOCCUPIED - pronounced PREOKUPED by the school boy in NST's ad on tv) dengan perkara yang remeh temeh.

Melihat audiens program hiburan Arab yang menyedut Hukkah untuk menghilangkan duka lara tidak menonjolkan tasawwur Islam sebenar.

Meski semua perempuan bertudung dalam program sub realiti JANGAN TIDUR LAGI ia tidak akan menjadikannya ISLAMIK.

Tudung yang wajib itu hanyalah pakaian zahir. Apa yang perlu dipertahankan itu adalah yang dalam.

Baca tulisan ummu_waheedah mengingatkan Hikayat Melayu lama-lama yang menceritakan keghairahan mereka untuk pesta-pestaan 40 hari 40 malam. Apakah ia benar-benar terjadi Wallahu a'lam.

Now everybody has a panggungwayang at home. Anak-anak kita ditarbiyah oleh panggung wayang 365 days in a year. Saya pernah tidak ada panggung wayang selama 10 tahun. Masa itu baru jumpa Islam. My 4 sons didn't watch tv for 10 years. Masa Bush Sr. serang Iraq saya hanya tengok Peter Arnett di surat khabar. It was a history. I had to buy tv again setelah uzlah justeru tesis yang perlu disiapkan.

Melihat realiti rakyat Mesir yang rata2 miskin fahamlah kenapa ia berbaik-baik dengan Israel. Teringat seorang wanita Palestin yang terkejut dengan sifat pemurah Hujaj Malaysia di bumi Arafah. Dalam satu khemah dapat RM400. Semoga Allah memberi rahmat.

Palestin mungkin jauh dari Malaysia. Tidak ada unsur kedekatan. Menonton bagaimana manusia Indonesia bicara Palestin dengan semangat berkobar-kobar bisa menaikkan bulu roma.

Sekarang gelombang yang membara di Malaysia adalah gara-gara minyak.

Maudhuk tulisan ini adalah hasil cetusan ummu_waheeda. Jangan tidur lagi. Tidur yang panjang adalah mati. Daerah yang semua manusia kena lalui.


Lantas kalau tidak tidur apa yang perlu dibuat? Lihat di sekeliling dan lihat diri sendiri. Cermin mukimin adalah sahabat. Kalau teman-teman sedang tidur kejutkan. Terkenang Prof Zaini Ujang semasa jadi ketua pelajar UTM di Masjid Jln Semarak semasa berkhutbah. "Khutbah ini tidak berhajat untuk menjadikan para jamaah semua tidur. "Muslimah mungkin boleh tonton siaran live RTM daripada Masjid Negara setiap Jumaat.

Ramli Abdul Rahim
Tue Jun 17, 2008 7:36 am

No comments: