Sunday, June 15, 2008

Jangan tidur lagi..3x



Jangan Tidur Lagi (JTL),tulah tajuk rancangan TV3 yang popular dihoskan oleh Azwan ali dan Armin anak arwah Tompel. Kadang2 kalau tak tidur lagi saya pun tonton rancangan tu sambil ketuk keyboard dan surfing internet.Entah apa yg bagusnya rancangan santai tu tak tahulah.. mungkin sebab ianya dibuat secara separa life dan topik2nya bersahaja. Saya suka tengok respon penonton, dapat kita lihat ke arah mana sebenaranya minat ummat Islam kini. Khalayak penonton JTL ramai dari kalangan remaja dan remaju, pelajar IPT ada juga sesekali golongan ibubapa turut menjadi penonton.

Umat melayu yang berugama Islam memang tersohor dengan minat mereka dalam bidang seni dan suka yang ringan2. Hiburan2 ringan yang boleh melupakan mereka terhadap dosa, hari pembalasan,alam kubur dan cerita neraka.Umat melayu Islam rata2 tak begitu gemar jika diingatkan soal solat,soal dosa umpat mengumpat dan soal maksiat. Wanita melayu pula tak suka ditegur tentang pakaian mereka, tentang hukum hakam ng berhias diri/bersolek malah apa yang boleh membuat mereka cantik akan mereka usahakan walaupun terpaksa bayar secara ansur (berhutang). Mereka berdalil Allah itu cantik dan suka kecantikan.

Minggu lepas saya meringankan kaki memanjat bangunan Mydin di Kuantan, rasanya sudah hampir 2 tahun saya tak pijak Mydin. Hari tu entah apa tabiat yang nak saya buang, saya singgah di Mydin kerana secara tak sengaja dapat parking di depan bangunan tu, sedangkan hajat saya cuma nak beli cendol mamak (tak perlu park kereta pun). Saya ke bahagian jual kaset/VCD. Jalan sorang diri, kalau ada kawan nampak tentu depa kata saya buang tabiat. Apa ke jadah nak beli kaset pulak tu, bukan ada VCD ceramah pun kat Mydin tu. Memang pun tak ada VCD ceramah atau saya yang tak nampak. Saya membaca tajuk2 VCD, macam2 tajuk ada. Sambil tu saya tengok gelagak manusia. Memang itulah kegemaran saya sejak dulu...jangan tak tahu :)

Saya tengok ada dua pasangan suami-isteri (agaknya) umur pun mungkin dah bercucu atau mereka tu awet tak muda. Sepasang di tempat VCD filem2, tengah cari filem2 lama P.Ramlee. Satu pasangan lagi tengah sibuk diskus VCD lagu2 rakyak Kelantan. Wah baru saya tahu rupanya orang kelantan ni ada lagu mereka sendiri. Patutlah dulu saya ada nampak banyak kaset/vcd Rosalinda di rumah orang kelatae di sini. Ingat lagu dikir barat sahaja rupanya gelek2 ala siam tu pun banyak. Nama2 penyanyi saya pun tak pernah kenal.

Sebelum saya beredar ke tingkat atas untuk beli hardware (L keys), ada seorang kanak2 perempuan datang dengan adik beradik dan emaknya , memilih2 VCD filem2 melayu yg juga saya tak pernah dengar -jakun sungguh saya. Rupanya sekarang banyak filem yg tak ditayang dipawangam tapi boleh dibeli dalam bentuk VCD. Banyak filem Indon yg gambar depannya memberanikan. Tak ada sensor pulak. Agaknya begitulah realiti umat melayu, seisi keluarga baik ibu bapa mahupun anak2 semuanya suka dan seronok dengan hiburan. Walaupun harga VCD tu sekitar Rm9.90 (tak sampai RM10) tapi duit juga. Entah berapa lama keseronokkan menontonwayang/menyanyi itu dapat dikecapi ,tak tahulah.

Tapi yang nyata, semua keseronokkan sementara itu hanya akan membuatkan manusia sentiasa tak tenang dan inginkan hiburan yg lebih hebat lagi, tentunya duit pun terpaksa disediakan untuk hal2 sedemikian. Jadi sebenarnya , hidup kita ni bukanlah terdesak disebabkan petrol dan kenaikan harga barang semata2 , malah disebabkan penggunaan wang yang tidak berhemah.Umat manusia seperti tidak dapat berfikir, apa yang bermanfaat apa yang tidak. Mereka suka berkhayal...sebelum tidur berkhayal, sudah tidur mereka bermimpi. Jadi lah hidup ini umpama mimpi dalam mimpi. Fikirkanlah.

No comments: