oleh Latifah Abdul Wahab
(Tersiar di Harakah keluaran 1-15 november 2006.
Pengalaman mengerjakan haji di waktu usia 20an amatlah berbeza dengan pengalaman mengerjakannya pada usia yang agak lanjut. Namun semua itu bergantung kepada keupayaan diri dari segi kewangan , kesihatan dan yang penting matlamat haji itu sendiri. Bagi saya mengerjakan Haji di waktu muda adalah matlamat utama yang saya idamkan kerana saya bimbang tak dapat mengerjakannya dengan sempurna ketika usia tua. Lagi pun mengerjakan Haji di usia muda memungkinkan kita menimba lebih banyak pengalaman haji dan umrah jika ada kesempatan sebelum tua dan uzur.
Pengalaman pertama kali mengerjakan haji pada tahun 1990 tidak lekang dari ingatan saya. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Madinah dan Mekkah dan dalam tahun itulah terjadinya tragedi Muassim yang mengorbankan lebih dari 6000 jemaah haji seluruh dunia. Alhamdulillah saya terselamat bila bas yg sepatutnya membawa kami ke Muasim untuk melontar, telah ter’sesat’. Kami sepatutnya tiba di Muassim sebelum subuh , tetapi terpaksa pula ber’kukus’ dalam bas yang tak ada hawa dingin lebih dari 12jam.
Dalam bas yang agak daif, bilangan jemaah tak begitu ramai kerana kami naik bas yang hampir terakhir. Di pertengahan jalan bas berhenti henti untuk menumpangkan jemaah yang berjalan kaki iaitu jemaah dari negeri lain. Ini menyebabkan bas penuh bersesak. Saya terpaksa berdiri memberikan ruang duduk kepada wanita tua . Saya tak bawa makanan melainkan sebiji epal sedikit air yg dibuat wudhu dan untuk minum. Tiba di terowong azziziyah dekat Mekkah, bas sudah tak boleh bergerak ke mana lagi, kami di arah turun dan cari jalan sendiri ke arah bendera Malaysia yang sayup kelihatan dari tempat kami diturunkan.
Keadaan cuaca yang terlalu panas, saya kakak dan abang ipar meredah jalan2 yang dipenuhi oleh kemah2 sementara .Sepanjang jalan saya hanya mampu berdoa ‘ Ya Allah terima lah amalku, ya Allah kuatkanlah kaki ku ini untuk ibadah kepada mu sepanjang hayat. Ya Allah jika sampai ajalku, Engkau redholah keatas diriku, ampunilah aku. Rabbana atina fid dunnya hasanah, wa fil akhiroti hasanah , wa qina ‘azabbannar”. Itulah doa yg saya reka2kan disamping doa doa yang selalu dihafal dari buku al-makthurat sepanjang jalan sementara nak sampai ke Muassim.
Perut yang berdendang keroncong sudah tak dihiraukan lagi. Tak banyak yg kami bualkan sepanjang jalan. Sekali sekala kami berhenti di dekat kemah jemaah lain, tapi tak ada siapa mempelawa kami berteduh jauh sekali nak pelawa minum atau makan. Mungkin kerana perbezaan bahasa. Air yg kami bawa tak diminum sangat kerana bimbang hendak ke tandas. Masa itu juga terfikir di mana jemaah yg berkemah itu buang air kerana tak nampak pun ‘tandas bergerak’ .
Pada masa itu selain zikir dan doa yg tak henti2 , kami melihat2 dan tercari cari jemaah jemaah lain yang tadinya turun bersama kami. Tapi hanya kelihatan 2-3 orang sahaja. Handak mencari mereka pun, sudah tidak terfikir. Kami perlu sampai ke destinasi, yang pada ketika itu tak pasti tempatnya. Tiada petugas haji sepanjang jalan. Kami hanya bertanya2 kepada orang yang kami temui, hanya satu perkataan disoal “malizia”.
Akhirnya sampai juga kami ke kemah KT60 yang terletak hampir di hujung . Kami mengambil masa kira-kira 2 jam setengah, mungkin kira-kira 5km jauhnya.Tiba di kemah jam 2. 30 petang , masih sempat untuk solat zohor. Letih tak boleh nak dibayangkan . Waktu itu adalah hari raya, orang di Malaysia tentunya sedap mengadap ketupat dan TV , tapi kami ketika itu terpinga2 dengan kesesakan yang luar biasa. Keluarga di Malaysia pula sentiasa membaca skrin TV , takut jika nama kami terpapar sebagai arwah. Bimbang keluarga berbeza dengan bimbang kami yang masih tak dapat membayangkan apa yang terjadi. Kami tidak mendengar radio, tidak menonton TV dan tidak membaca akhbar.
Pada ketika itu kami tak tahu apa yang berlaku sehingga waktu Maghrib barulah ustaz2 bertugas buat pengumuman tentang terjadinya kemalangan di tempat melontar. Malam itu mutawwif haji membawa kami melontar waktu tengah malam melalui jalan lain iaitu di luar bukit yang menyaksikan tragedi ‘pembunuhan beramai2’. Jaraknya lebih kurang 4 km juga berbanding dengan cuma 2km jika ikut terowong. Keadaan kelam kabut di kemah kerana ada anak2 yg pulang dari terowong tanpa ibubapa. Ada yang hilang mahram , macam macam peristiwa tangisan yang membuat kami tambah bingung.
Dalam kesesakan manusia, kami patuh arahan petugas tabung haji walaupun kakak saya sudah ada pengalaman haji sebelumnya. Apa yang sebenarnya terjadi dan bagaimana kejadian berlaku masih tidak kami ketahui, kami lebih menumpu kepada ibadah. Alhamdulillah walaupun siangnya kami sudah berjalan kaki sejauh 5-6 km, dan malamnya terpaksa lagi berjalan 8km (pergi balik) tetapi Allah masih memberikan kekuatan sehingga selesai ibadah melontar. Inilah kekuatan luar biasa yang saya alami sepanjang hidup, berjalan berbatu batu siang dan malam. Walaupun saya masih ada kesan demam campak, saya gagahi segalanya untuk mengempurnakan rukun Islam saya.
Tak dapat saya bayangkan jika kejadian itu berlaku ketika usia saya lebih 60 tahun. Dapatkan saya berjalan segagah itu? Saya merasa amat lega bila tanggungjawap seorang muslim sudah tertunai dan tahun tahun berikutnya saya dapat pula kesempatan melakukan umrah. Pengamalan ibadah haji yang pertama itu telah mengajar saya erti sabar, tabah,bertolak ansur dan paling penting ialah ia mengajar erti tawakkal yang sebenar. Ketika berjalan tanpa peta , di sebuah negara asing, tiada sanak saudara yang hendak dihubungi, terasa betapa dekatnya diri dengan Allah. Hanya Allah ada di hati , di lidah dan di fikiran. Itu lah saatnya saya merasakan tawakkal saya berada di puncak. Alhamdulillah.
Wednesday, November 1, 2006
Tragedi Muassim mengajar erti tawakkal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment