Prof Harun memulakan ceramahnya dengan membaca ayat 2-4 dari surah ali Imran seperti berikut:
mafhumnya:'Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
Ali Imran ayat 3 mafhumnya:Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan haq dgn nyata benarnya, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
Dan melalui ayat 4 surah yg sama Allah berfirman:
mafhumnya:"Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan.Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat pedih. Dan , Allah Maha perkasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
Secara ringkasnya ustaz menerangan bebrapa isu yaitu:
Muthaakhir ini, umat Islam sudah semakin rapuh pegangannya terhadap al-qur'an. Di luar negara pendedahan kepada kitab injil begitu berleluasa. Pengaruh nak memurtadkan umat Islam atau sekurang2nya meletakkan keraguan terhadap al-qu'ran begitu ketara. Di Malaysia , hampir setiap minggu ada umat islam yang membuat permohonan tukar nama dari Islam kpd Kristian.
Sepatutnya pegangan agama menjadi perkara foundamental ,namun kini telah mula menyerap dalam minda umat islam bahawa kalau nak maju jangan ikut ugama sangat, kena langgar2 agama sikit baru boleh maju.
dari segi pemilihan kalimah Allah s.w.t gunakan kalimah anzala- untuk kitab terdahulu kerana ia turun sekaligus. Allah gunakan kalimah Nazzala digunakan untuk al-qur'an yaitu kitab yg turun sedikit2 beransur2.
hawarriyun-pengikut2 setia yg kerjanya untuk laksanakan ajaran2 nabi. Nabi isa tinggal di negeri bernama Aram, berbahasa Aram, kitabnya diturunkan dalam bahasa aram bersamanya ada 12 orang pengikut.
bersambung di youtube ke-2
Senarai ceramah (sila klik untuk mendengar):
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Friday, June 27, 2008
Kitab wahyu yang semakin terpinggir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment