Sunday, June 29, 2008

Apa itu solat Isyro

Solat selepas naik matahari

SOALAN: Apakah solat yang dilakukan oleh orang kita selepas naik saja matahari? Sesetengah daripada mereka menjawab itu adalah solat isyrak. Tetapi apabila saya lihat buku, tidak pula saya dapati solat isyrak tersebut. Apakah sebenarnya solat tersebut?

JAWAPAN: Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ra. ada menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah melakukan solat dhuha sebanyak enam rakaat tetapi dilakukan dua kali secara berasingan, dua rakaat dilakukan semasa matahari baru mulai naik (lebih kurang setengah galah) dan memancarkan cahayanya. Manakala empat rakaat lagi, dilakukan setelah matahari sudah naik meninggi dan sudah menyinari cahayanya dan meninggi lebih kurang lebih segalah. Jadi perbezaan itu adalah nama solat itu sahaja. Dalam hadis tadi dikatakan semuanya (enam rakaat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.) itu sebagai solat duha semuanya, tetapi orang kita menamakan yang dua rakaat yang dilakukan semasa matahari baru mulai memancarkan cahayanya sebagai solat sunat isyrak dan mereka meniatkannya sebagai solat isyrak juga, sesuai dengan waktu yang dilakukannya semasa matahari mulai memancarkan cahayanya sebagaimana solat duha juga dilakukan semasa matahari sudah meninggi dan menyinari cahayanya. Wallahualam.

Utusan 29/6/2008

Nota : Jika anda perhatikan kebiasaannya waktu solat yg dipaparkan di akhbar atau laman jakim akan di catatkan seperti berikut:

Imsak 5:34
Subuh 5:44
Syuruk 7:07
Zohor 13:20
Asar 16:45
Maghrib 19:28
Isyak 20:44

Waktu syuruk ialah waktu berakhirnya subuh. Selepas waktu ini soalt subuh tak boleh lagi dilakukan, telah luput. Dalam tempoh kira2 28 minit selepas waktu syuruk, tiada solat sunat boleh dilakukan, ianya dinamakan waktu tahrim (yg diharamkan solat) seperti mana yang dinyatakan sebuah hadis

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس


Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

No comments: