Oleh :Latifah Abdul Wahab
Assalamu'alaikum,
Saya teruja mengulas rencana tulisan Dr Mohd Asri (mufti Perlis) yang tersiar di Berita Harian pada 4 Januari 2007 atas sikap yg diwar-warkan oleh tuan mufti sendiri supaya kita umat Islam sentiasa bersifat terbuka, boleh bertanya dan boleh ditegur.Oleh yang demikian ulasan saya ini janganlah dianggap tidak menghormati pendapat ‘ulama’.
Tuan mufti memperkatakan tentang sikap bangsa Melayu yang mengamalkan beberapa kefahaman yang dianggapnya boleh membawa kesan sangat buruk kepada kefahaman yang sebenar tentang agama Islam. Soalnya ialah kefahaman demikian kefahaman siapa?Saya beranggapan konsep ‘masuk melayu’ itu adalah kefahaman rakyat Malaysia secara rambang. Bangsa selain melayu khususnya orang cina juga mempunyai persepsi sebegini. Apakah ada bukti persepsi ini dijana oleh orang Melayu atau ianya terjana dengan sendirinya dikalangan rakyat Malaysia?
Berapa ramai orang melayu yang menjadikan melayu sebagai ganti kepada Islam seperti yang didakwa oleh tuan Mufti? Dalam mana-mana borang permohonan di Malaysia tak kira apa jenis borang yg melibatkan pendaftaran individu, antara butir2 diri yg dikehendaki ialah bangsa dan agama. Hal ini boleh dibuktikan jika penulis (Dr MAZA) meluangkan sedikit masa untuk menyemak borang pendaftaran contohnya borang pendaftaran prepaid, borang pendaftaran masuk universiti, borang permohonan talekom dan sebagainya.Jika benar bangsa dijadikan gantinama kepada agama maka borang-borang berkenaan tidak akan meminta dua butiran ini secara terpisah.Ini adalah fakta.
Istilah ‘masuk melayu’ ini memang ujud dalam masyarakat Malaysia berbagai bangsa . Ia merupakan satu istilah yg lebih sesuai dikategorikan sebagai ‘bahasa pasar’. Manakala istilah bukan Islam tidaklah merujuk kepada orang cina semata-mata. Tetapi kebanyakkan orang cina khususnya orang cina di Malaysia sememangnya termasuk dalam kelompok bukan Islam.Begitu juga istilah muallaf ia adalah istilah yg digunakan untuk orang yang asalnya bukan Islam bila mereka telah menganut agama Islam.Istilah ini tidak semata-mata dirujuk kepada bangsa cina yg masuk Islam sahaja.
Saya berasa hairan mengapa dr MAZA menjadikan orang cina sebagai rencah utama untuk menguatkan tafsiran beliau sendiri terhadap istilah muallaf ini. Orang melayu manakah yg menganggap muallaf tidak boleh menjadi mukmin sejati?Muallaf hanyalah istilah pengenalan kepada bangsa lain yg menganut agama Islam biasanya menjadi muslim atas dasar perkahwinan. Orang melayu khususnya tak mengaitkan istilah muallaf dengan keimanan atau status muslim sejati. Soal bilangan orang cina Islam yg lebih baik dari orang melayu tidak perlu dibandingkan jika tiada statistik yang menyokong kerana pada hakikatnya yang menentukan kelebihan sesuatu bangsa berbanding dengan yang lain ialah ketaqwaan. Kita juga tak boleh menutup fakta adanya (walaupun tak ramai) orang cina yg ‘masuk melayu’ kerana ingin menikmati keistimewaan orang melayu yang diberikan oleh pihak kerajaan.
Mempertikaikan keislaman orang melayu yg dilahirkan sebagai Islam juga bukanlah suatu sikap yang wajar bagi seorang bertaraf mufti melainkan beliau membawakan bukti . Berapa ramaikan orang melayu yang beranggapan mualaf sebagai Islam menumpang dan tidak asli? Bagi saya tanggapan begini boleh mendatangkan prasangkan buruk orang melayu terhadap orang beragama (mufti) dan boleh pula menyemarakkan perasaan kurang senang bangsa lain terhadap bangsa melayu.
Berkaitan pakaian,berkain pelikat, berbaju melayu seperti yg sering dipakai oleh tuan mufti adalah pakaian yg menutup aurat. Menutup aurat adalah wajib dari sudut hukum agama.Jadi tidak salah tanggapan bahawa pakaian tersebut ‘berunsur agama’ . jika Dr MAZA peka dengan budaya melayu, tentu dia dapat melihat kebiasaan pak imam kampung berbangsa Melayu memakai jubah. Jubah juga dikaitkan dengan pakaian berunsur agama kerana sifatnya menutup aurat.
Berkaitan dengan cara makan, makan dengan sepit bukanlah cara makan Nabi Muhammad SAW. Nabi muhammad gunakan jari tidak gunakan medium lain seperti sudu atau apa apa alat lain. Ya! Islam juga tidak menghalang budaya yang tidak menyanggahi nas-nasnya. (saya gunakan semula ayat dr MAZA). Seketika dulu kata Dr MAZA orang melayu menganggap salah makan menggunakan sepit, tetapi sekarang untuk pengetahuan Dr MAZA sudah ramai orang melayu makan menggunakan sepit malah ada yg makan sup tulang babi kerana mereka pasti bahawa Allah s.w.t hanya haramkan daging babi bukannya tulangnya Jadi dalam hal ini , pemikiran masyarakat sentiada berubah dan ulama adalah antara ajen perubah minda. Jika ulama atau mufti berfikiran keanak-anakan maka masyarakat akan terikut ‘budaya’ yg sama.
Kita harap tanggapan mengenai makan dengan sepit ,menganggap melayu itu sama dengan Islam, gelaran muallaf dan beberapa kebiasaan tanggapan orang melayu akan menjadi pudar dengan adanya perluasan ilmu melalui melalui media penulisan terutama yg ditulis oleh golongan muda yang berilmu seperti Tuan mufti.
Namun saya berasa khuatir jika keghairahan membangkitkant isu yg remeh temeh seolah-olah (sekan akan) cuba menutup isu ‘bangkai gajah’ seperti isu murtad, amalan riba dan rasuah,ISA, diskriminasi politik dan ekonomi dan berbagai lagi isu yg sangat menghimpit rakyat malaysia tak kira Islam atau tidak.
Soal menukar nama kepada nama yg berbau Arab, saya tak nampak dimana benarnya fakta yg Tuan mufti bawa iaitu orang melayu menyuruh/memaksa muallaf cina menukar nama tetapi mereka terutama yg bersuamikan/beristerikan bangsa cina lebih selesa pasangan mereka ada identiti Islam.Antara ‘identiti’ Islam yg mudah dilihat dari luaran ialah pakaian,nama dan ,jenis makanan yg dipilih. Di Thailand orang Islam pakai dua nama, satu nama thai satu nama muslim. Saya fikir tidak susah untuk kita memahami rasionalnya mengapa nama Islam itu begitu penting kepada orang Islam bila bangsa yg tidak dikenali sebagai bangsa Islam menganut agama Islam. Tidak pula sukar kita memahami kenapa orang melayu bangga dikenali sebagai muslim.
Jika kita berkunjung ke Palestin, Mesir dan negara2 Eropah/Barat tentu kita sukar untuk mengucapkan salam kepada sesama Islam bila bertemu kerana kita tidak dapat mengenali yg mana muslim yang mana non-muslim dari perwatakan, cara berpakaian apa lagi nama.Jadi bagaimana kita boleh mengukuhkan ukhwah sesama Islam seperti yg dikehendaki oleh Sunnah Rasulullah s.a.w. Di zaman Rasulullah s.a.w wanita muslim dikenali dengan hijabnya manakala lelaki muslim dikenali melalui serban dan janggutnya (mungkin).Apakah benar dakwaan bahawa menukar nama kepada nama melayu menyebabkan orang cina takut masuk Islam?
Bukankan isu nama Islam ini terlalu remeh untuk di’rencana’kan? Muallaf sememangnya boleh mengekalkan nama cina/keluarga dan terus berhubung dengan keluarga mereka seperti mana yg dibuat oleh tokoh agama seperti Ridhuan Tee, ust Farid Ravi, dan Ust Hussein Yee .Tentunya kita tidak lupa kepada penyanyi D.J Dave dan Maurin Chan, pelakun Lousa Chong, penulis Ann wang Seng, pensyarah Prof Joko Jomo Sundaram yang telah memeluk Islam tetapi mengekalkan nama mereka asal mereka?
Berbangkit isu orang Islam melakukan khurafat,syirik dan mempersendakan hukum, ianya tidak berlaku di kalangan orang melayu sahaja.Malah orang Islam bangsa lain termasuk bangsa Arab juga giat melakukannya kerana tahap iman yang tidak sekata,tahap ilmu yang semakin cetek dan tahap kesedaran yang semakin pudar. Bukan orang melayu sahaja yang ‘gagal’ mengislamkan orang cina malah lebih buruk orang Arab sendiri tidak dapat mengislamkan semua orang Arab!
Begitu juga sifat malas, dendam kesumat dan sifat buruk yang tidak diredhoi oleh Allah s.w.t bukanlah sifat sejati orang Melayu. Malah sifat berkenaan sangat ketara di kalangan orang kafir seperti mana yg disebutkan oleh Allah s.w.t dalam surah al-munafikun khususnya. Setiap bangsa mempunyai kelebihan tersendiri kerana itu dalam surah Al-Hujurat ayat 13 Allah s.w.t berfirman yang mafhumnya “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Dalam bidang pelajaran pula mungkin tuan mufti Perlis sudah terlepas pandang akan keputusan UPSR,PMR dan SPM terkini,Bangsa manakan yg skor A dan menjadi pelajar cemerlang? Bukankan kebanyakkannya pelajar sekolah agama berbangsa melayu? Statistik zaman bilakah yg tuan mufti jadikan hujjah untuk memperlekehkan kebolehan anak bangsanya sendiri? Aakah penulisan begini dijangka mampu untuk menarik minat orang cina (khususnya) masuk Islam? Apakah pandangan tuan mufti ini akan menguja orang melayu untuk lebih cemerlang?
Seterusnya saya menyeru Tuan Mufti Perlis ini agar memluangkan masa membaca akhbar dan meluaskan ilmu keduniaan. Di dunia sekarang ini telah tumbuh bagai cendawan penyelidikan makanan untuk mencerdaskan minda. Sudah berpuluh-puluh jenama makanan kesihatan seperti spirulina, IQ-plus, produck CNI dan berbagai lagi yang dikeluarkan oleh kilang-kilang kepunyaan bangsa bukan melayu untuk meransang otak.
Apalah dan di mana sangatlah letaknya daya tarik kismis jampi/doa yg cuba di’sekeh’ oleh tuan mufti tu? Apakah dengan memakan kismis jampi orang melayu jadi syirik atau melakukan khurafat.? Apakah dengan percaya kepada doa dan jampi yang hanya mengunakan kalimah Allah boleh dianggap sebagai ajen kepada kelemahan pelajar melayu? Fakta ini sangatlah karut.Bukankah kismis juga dari sudut nutrientnya mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan dan daya ingatan? Sama ada ia dijampi atau tidak itu bukan isunya.
Sudahkah Tuan mufti buat soal selidik kepada pelajar-pelajar sekolah dan universiti yg berjaya dan gagal dalam peperiksaan bagi menentukan yg dakwaan tuan mufti terhadap keajaiban air jampi itu boleh dijadikan satu kajian ilmiah yang boleh dibanggakan? Sebaliknya kenyataan reambang tuan Mufti ini hanyalah menunjukkan sikap dan pandangan serong tuan mufti terhadap air jampi dan air Yasin . Pandangan begini sangat jelek kerana tuan mufti seolah-olah memperlekehkan nilai doa,harapan, dan keberkatan dari bacaan kalamullah.
Tuan mufti mempunyai satu prasangkan buruk terhadap orang Islam tanpa tahu apa sebenarnya yang terkandung dalam hati pengamal/ peminum air jampi/Yasin. Tuan mufti fikir semua orang Islam yg minum air jampi/Yasin tu bodoh dan tak menghayati Islam. Setahu saya sekolah2 yg mengadakan solat hajat, baca Yasin dan minum air jampi/Yasin adalah sekolah-sekolah cemerlang yg telah terlebih dahulu memastikan sistem pembelajaran pelajarnya berada ditahap yang memuaskan. Solat hajat/minum air yasin adalah ikhtiar akhir mereka. Agaknya tuan mufti tak pernah menjengah apa yang berlaku dipersekiratannya ,Beliau hanya membaca apa yg ada ditempurung kepalanya sahaja.
Perlu diingat bahawa tuan Mufti dilantik menjadi mufti kerana adanya sijil/ijazah kedoktoran selain dari kerajinan menulis dan menonjolkan diri.Kerajinan menulis,berhujjah dan berseminar bukanlah bukti seseorang berilmu. Kita telah diberitakan tentang Nabi Khidir a.s yang diberi keluasan ilmu tetapi baginda bukanlah seorang penulis kitab! Jadi kita bimbang tuduhan tuan mufti bahawa ada melayu yang ada sijil tiada ilmu itu akan terpalit ke muka tuan mufti sendiri berdasarkan tulisan tuan mufti sendiri yang kurang kajian ilmiah terutama dari sudut data statistiknya..
Dalam hal menghadapi ujian penyakit, nabi Ayub a.s yang sangat cintakan ilmu tetap diuji dengan penyakit sehingga menjadikan baginda Nabi yang paling sabar. Jika dikaitkan dengan pandangan Ibnu Taimiyyah seperti yg dinukil oleh tuan mufti, apakah kita boleh mendakwa Nabi Ayub a.s sebagai orang yang tidak kuat jiwanya sehingga tak berjaya melawan penyakit? Tentulah pandangan Ibnu Taimiyyah tentang kaitan ilmu dan kesihatan ini amat mengelirukan jika ditafsir sedemikian. Saya percaya imam-imam terdahulu mengamalkan zikir2 secara istiqomah, sentiasa berdoa dan tidak memperlekehkan sesama umat. Inilah nilai akhlaq mereka yang menyebabkan mereka membina keperibadian yang cemerlang sehingga mendapat tempat yang istimewa di hati umat sehingga kini.
Sewajarnya kita bersikap sederhana apabila memuji dan memperlekehkan sesuatu bangsa agar pandangan kita tidak dipandang serong. Orang Cina ada sisi baiknya,begitu juga orang Melayu, India, Arab dan lain –lain. Ada orang Melayu yg tak berpelajaran tinggi tetapi maju dalam perniagaan seperti yu tuan haji Samsuri yang mengusahakan satay kajang dan juga Tuan hj Ramli yang mengusahakan Ramly Burger. Ramai lagi tokoh Melayu Islam yg tak berpelajaran tinggi tetapi gigih berusaha dan berjaya. Paling membanggakan mereka mempunyai nilai tawakkal yang tinggi, tetap berpegang kepada agama Islam dan berpakaian melayu. Saya tidak pasti apakah kejayaan ini didorong oleh hadis palsu “tuntutlah ilmu sampai ke negeri cina” tetapi yg nyata dan fakta mereka (Samsuri dan Ramly) tak pernah belajar di negera China!
Sekianlah ulasan saya sekadar menyahut seruan tuan mufti agar umat Islam ini sentiasa peka, ikhlas dan sentiasa menuntuk/cintakan ilmu. Rabbi zidni ilma warzuqni fahma, ya Allah tambahkanlah ilmuku dan berilah aku kefahaman. Amin.
Saturday, January 13, 2007
Bangsa bukan penentu keislaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment