Terima Kasih Tuhan
Kerana masih memberikan ku Kehidupan
Terima Kasih Tuhan
Kerana masih menerangkan ku Penglihatan
Terima Kasih Tuhan
Kerana masih memberikan ku Pendengaran
Terima Kasih Tuhan
Kerana masih mengizinkan ku Bercakapan
Tuhan
Tanpa Mu dalam kehidupan Ku, Aku bagaikan sepucuk paku
Keras Ku, Bukan Keras Tubuh ku,
Tapi Keras Ku, Adalah Keras Hati Ku
Tuhan
Tanpa penglihatan Ku, Aku bagaikan seorang yang buta
Tidak nampak akan kebesaran Mu
Maka tidak Kenallah aku dengan Mu
Tuhan
Tanpa Pendengaran ku, Aku seorang yang pekak
Tidak dapat menikmati laungan membesar-besarkan Mu
Maka tidak terasalah akan kekuasaan Mu
Tuhan
Tanpa dapat aku berkata-kata, Aku seorang yang bisu
Tidak dapat merasai kemerduan suara ku, kurniaan Mu
Maka tidaklah aku merasai kebesaran Mu
Terima Kasih Tuhan
Kaulah Segala-galanya dalam hidup ku
Tanpa Mu aku hilang segala-galanya
Dapat Mu Tuhan
Aku dapat segala-galanya
Terima Kasih Tuhan
Nukilan: Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA
162306 Nov 2007
Friday, November 16, 2007
TERIMA KASIH TUHAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment