Friday, November 16, 2007

KENALI LAH DIRI

Kalau kita tidak mengenali diri kita, Tuhan berkata
Kita tidak akan kenal siapakah Tuhan kita,

Kalau kita tidak mengenali diri kita, Tuhan berkata
Kita tidak akan kenal siapakah khaliq kita

Kalau kita tidak mengenali diri kita, Tuhan berkata
Kita tidak akan kenal siapakah Pencipta kita

Maka kalau kita tidak kenal diri kita
Siapakah sebenarnya kita
Mayat hidup kah kita atau
Bangkai yang bernyawakah kita

Kenali lah diri kita
Supaya kita kenal Tuhan kita

Kenali lah diri kita
Supaya kita kenal Khaliq kita

Kenali lah diri kita
Supaya kita kenal Pencipta kita

Maka kalau kita kenal diri kita
Kita sedarlah akan kebaikan kita
Kita tahu akan kelemahan kita
Barulah kita tahu apakah kita ini manusia

Kenali lah diri kita
Kerana ianya akan mendidik kita
Menjadi manusia yang berguna

Kenali lah diri kita
Kerana ianya memelihara kita
Dari melakukan dosa-dosa

Kenali lah diri kita
Kerana ianya memimpin kita
Menuju kejalan yang Tuhan redha

Nukilan: Dato’ Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA
162329 Nov 20027

No comments: