Asal usul kejadian manusia dari tanah
Kejadian kedua dari air mani
Jika dikaji, hina sungguh manusia ini.
Tanah dipijak-pijak oleh manusia saban hari
Air mani pula keluarnya dari saluran yang najis
Tetapi manusia menjadi istimewa
Setelah diberi Tuhan nyawa
AKAL membolehkan manusia berfikir
Samada yang baik atau yang buruk
NAFSU pula membolehkan manusia berfungsi
Samada yang jahat atau yang baik
ROH hidupnya menurut kehendak yang baik
Dan kerap menolak yang tidak baik
JASAD pula mengikut sahaja apa yang diperintah
Oleh Akal, Nafsu dan Roh
Unsur-unsur inilah yang menjadikan manusia
Berfungsi sebagai makhluk Tuhan yang mukallaf
Yang Wajib menyembah Tuhan
Dan wajib pula mendirikan syariat Tuhan
Empat unsur ini tidak ada pada haiwan
Tetapi ada pada makhluk Tuhan yang lain
Saperti malaikat-malaikat dan jin-jin
Akal perlu diasah
Nafsu perlu di didik
Roh wajib digilap
Dan Jasad anggota yang sangat taat
Kejadian manusia dijadikan iktibar
Agar manusia datang rasa sabar
Tuhanlah yang khabar
al.mirzan@yahoo.com
180940 Nov 2007
Tuesday, September 18, 2007
KEJADIAN MANUSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment