Saturday, July 9, 2011

Coretan malam

Huh lamanya tak mencoret apa2 di blog ini, sejak kisah menikah di masjid hingga sekarang sunyi dan sepi blog ni, mujur tak ramai follower.Sepatutnya malam ini saya bercuti dari melayari internet kerana kepala sakit. Ada yg saran ambil panadol tetapi saya tak mahu amal panadol melainkan jika nak berjalan jauh. Kalau duk rumah selagi boleh tahan sahajalah sakit tu sambil berzikir , ya syafi ya salam. Alhamdulillah kurang sakitnya.

Apahal pulak letak gambar kambing sedang dilapah tu? Itulah gambar kenangan bulan zulhijjah tahun lepas yg tak sempat dimuatkan dalam blog. Gambar kambing Parent yg menjadi korban pada hari tasyrik. Mudah2an Allah s.w.t terima korban ku itu, insyaAllah tahun ini akan dapat menyembelih korban yg lebih besar. Suatu masa dulu saya suka menyertai program sembelihan di Kemboja yang dikendalikan oleh syarikat tempatan. Sekarang tak lagi, lebih afdal kita lihat sendiri kambing itu disembelih depan mata dan diagihkan kepada penduduk tempatan yg tak kurang miskinnya.

Dinihari begini banyak perkara yg lalu di fikiran. Bagaimana nanti akhir hidup kita, bagaimana agaknya esok dan lusa? Selalu kita ditimpa sakit yg tak semena2 terjadi. Kadang2 tiba-tiba sakit gigi, sakit perut, sakit mata , sakit kepala dan macam2 sakit yg kita tak terfikir. Terfikir tentang kambing, apakah kambing juga sakit macam manusia?

Buat apa fikir hal kambing, baik tidur...he he.Mudah2an Allah menjadikan setiap sakit yg kita tanggung sebagai kafarah bagi dosa2 kita yang seengaja dan tidak sengaja, amin.

2 comments:

Anonymous said...

Salam ziarah. Semoga sihat.

Ummu Waheedah said...

Wsm. Sehat dah insyaAllah. Syukur tak berapa sehat bbrp hari,so tak hadap TV tak hadap internet. Berita TV pun tak dengar. mudah2an kurang dosa...:)