Monday, September 21, 2009

Akhirnya di bilik mayat kita bertemu


Jumaat 18 September 2009 bersamaan 28 Ramadhan 1430h adalah tarikh malang bagi keluarga kami kerana pada hari itulah kami kehilangan dua orang tersayang dalam satu tragedi kemalangan yang begitu ngeri.Mereka tidak dilahirkan serentak tetapi takdir menentukan mereka kembali ke rahmatNya serentak.

Panggilan talipon pada kira2 jam 2.10 ptg Jumaat itu sangat memeranjatkan. Bingung seketika. Antara percaya dengan tidak. Kakak ipar saya 'meraung' memberitahu dia sudah kehilangan 2 anak. Ya Allah, ya Allah, Ya Allah.... itulah jawapan saya kerana hampir tak percaya. Saya bertanya anak yg mana, masih kebingungan kerana mereka ada 4 anak. Katanya CT dan Z , aduh benarkah berita ini atau mimpi di siang hari? Saya masih menunggu jawapan SMS yg saya hantar kepada CT pada jam 8.59 pg itu. Petang semalam saya berbual lama dengannya kerana saya memang berhajat nak jumpa dia sebentar di Putrajaya. Sudah dua temu janji tak berhasil. Bulan Ogos tak jadi jumpa kerana ibu saya jatuh tangga. Kali ini tak jumpa juga kerana dia menukar perancangan. Katanya nak balik Sri Manjung malam itu juga (malam jumaat).

Saya cadang nak jumpa dan ajak dia berbuka di Masjid Putrajaya dan saya akan hantar dia pulang di rumah sewa atau ke rumah kawannya.Katanya adiknya Z nak balik malam itu juga sebab selesa memandu malam. Saya pesan supaya dia tidak memaksa adiknya untuk balik malam atau pagi, biar Z pilih kerana dia yang akan memandu. Biar dia selesa walaupun saya memang tahu Z cekap memandu waktu malam dan tidak mengantuk. Dia pernah memandu kereta saya dari Kuantan ke KL waktu malam dan saya yakin dia bukan pemandu yang cuai.Selepas berbual di talipon petang itu, saya tidak menghubunginya lagi, hanya pada pagi Jumaat itulah saya menghantar SMS bertanyakan perancangan akhirnya, dan mengatakan perancangan saya yg berubah sedikit. Ini kerana dia mahu membuat kenduri doa selamat di Manjung, jadi saya syor dibuat pada hari raya ke-2 atau ke-3 kerana saya ada perancangan lain pada hari raya pertama.


SMS yg saya tunggu jawapannya, rupanya berita malang itu yang menjawapnya.Sejurus menerima berita dan mententeramkan diri, saya dan adik beradik berpakat apa yg patut dibuat. Saya juga berusaha menalipon Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan hal ini. Agak sukar mendapat jawapan kerana kebanyakkan pegawai sudah bercuti, akhirnya saya tinggalkan pesanan kepada yg menyambut talipon. Minta hal kematian CT dimaklumkan kepada yang berkaitan.

Jalan dari Kapar ke Sabak Bernam sesak juga kerana hujan lebat dan kesibukan musim perayaan.Akhirnya hampir jam 5 ptg barulah kami sampai.Kakak ipar dan abang sudah menunggu di luar bilik mayat.Saya minta untuk melihat mayat. Nak pastikan benarkan anak2 saudara saya yang terlibat. Hati ini masih mahu menafikan. Ya, tak syak lagi.Pasti.Merekalah yg terkujur kaku itu. Innalillahi wa inna ilaihirojiuun..akhirnya dibilik mayat kita bertemu.

Saya turut membantu memandikan mayat anak saudara saya CT Zubaidah, upacara mandi yg ringkas ,cara mandi dharurat. Alhamdulillah mudah membalik2kan badannya.Saya pesan kepada petugas yg lain supaya mayat dibungkus terus dan jangan dibuka2 lagi.Bimbang menimbulkan fitnah dan kengerian.Sesungguhnya kematian itu pasti dan ianya adalah satu pengajaran.Inilah kali pertama saya memandikan mayat, seorang insan yang dikatakan mirip wajah dan fizikalnya macam saya .Allhummaghfirlaha war hamha,itulah yg saya ucap sepanjang memandikan beliau.

Mayat selesai dikafankan sejurus selepas azan maghrib, dan terpaksa menunggu pemandu van mayat swasta yg sedang berbuka. Saya sendiri berbuka sekadarnya, makan nasi goreng dalam kereta sahaja. Tiba di masjid Kg raja Uda ,Port Kelang mayat sudah disolatkan.Ramai yg hadir termasuk TS Ghani Patail.Jasad mereka dimasukkan ke liang lahad dan ditimbus dengan tanah sebelum 12 malam. Mudah2an roh mereka mendapat keberkatan Ramadhan dan hari Jumaat dan tergolong diantara hambaNya yg syahid dunia. Amin.Al-fatihah.

12 comments:

Nurun Nurin said...

Innalillahiwainnailaihiraaji'uun.
Allahummaghfirlahum warhamhum...
moga keluarga yg ditinggalkan dpt bersabar dan redha dgn ketentuanNya.
Amin...

Ummu Waheedah said...

Kami redho, alhamdulillah urusan pengkebumian mudah , ramai yg hadir solat jenazah dan talkin.

baei said...

Innalillahiwainnailaihiraaji'uun.
Allahummaghfirlahum warhamhum... Takziah buat ibu bapa jenazah juga Puan Latifah, bersabar dan bertenang semoga Allah mencucuri rahmah ke atas kedua roh berkenaan.
Maaf kerana baru membuka blog dan lambat mendapat maklumat.

AtiE said...

salam..saya kenal kak ct,,tapi saya xpernah melihat wajah dier yg jelas,,saye teringin sgt melihat wjah dier dgn jelas..ape jdi kepada mayatnyer...adakah kemtian yg sgt mengerikan? sye benar2 terkejut kerna dlam sebulan nie fikiran xpernah lepas memikirkan dier....semoga dier icucuri rahmat...bgmana keadaan adek dier?

latifah said...

Salam ustaz baei. Terima kasih atas doa ustaz biar pun terlewat. Saya berterima kasih kepada sesiapa yg mendoakan anak2 saudara saya kerana tiada apa yg lebih berharga buat mereka selain doa dari orang beriman dan orang soleh.

Buat dayana pula,janganlah difikirkan sangat hal keadaan orang yg telah pergi dan jangan sedih.Mayatnya telah dimandi dan dikafankan dengan sempurna,alhamdulillah segala urusan pengkebumian mereka berjalan lancar.Liang lahat pun tak berair walaupun hari hujan sebelumnya.semasa talkin dibaca cuaca baik dan hujan berhenti.Ramia yg hadir solat jenazah , terima kasih.

Jika ada rakan2 yg dihutang oleh mereka harap dapat hubungi waris atau saya melalui email la_abwa@yahoo.co.uk.

Anonymous said...

linda:
salam..al-fatihah buat arwah..
saya jiran dia,kami mmg rapat..x sngka arwah telah pergi meniggalkan kita..al-fatihah dah takziah buat keluarga arwah.

Nadia Abbas said...

Innallillah. May Allah bless you always CT. She was my roommate in UiTM Shah Alam. =( =(

latifah (ummu waheedah) said...

To linda,
TQ atas doa dan sedeqah fatihah.Sesungguhnya bila ajal sampai tak dapat kita tangguhkan barang sesaat. Mudah2an kita yg hidup dapat mengambil iktibar.

to nadia,
untie ingat nadia ada dtg menziarahi mama/papa arwah ct di Kelang hr sabtu. Harap dapat menerima kenyataan, patah tumbuh pergi tak kembali,itu hakikat hidup.

setiap kali ingat kepada mrk doakan "allahummagh fir lahum, warham hum- ya Allah ampunkan mrk dan rahmati mrk".

T/k drpd:
maksu arwah CT & jack .

fazhana said...

innalillah..takziah buat keluarga CT..dah lama saya tak jumpe allahyarhamah,sejak habis di UiTM Merbok..dengar2 dai dah meninggalkan kita..moga rohnya tenang dan ditempatkan dalam golongan yg soleh..amin ya rab

Ummu Waheedah said...

Allah s.w.t lebih sayangkan mereka. Sudah takdir dan ketentuan mereka pergi dahulu dari kita.

Intan said...

innalillahiwainnailaihiraaji'uun...
saya tak dapat recall which one is CT but kitorg 1 batch kat UiTM Shah Alam. Terkejut baca paper tadi pasal konvokesyen dia. Hopefully smua family bersabar dan tabah dgn dugaannya!

Ummu Waheedah said...

Saya pun tak pergi majlis tu sebab tak mahu memanjangkan kesedihan .Tapi bagi ibubapa yg begitu menghargai anak mereka, tentu berbeza cara mereka meraikan anak-anak walaupun mrk telah tiada.

mudah2an tiada kesalam atas takdir yg menimpa.