Bualan pada suatu pagi dengan rakan baik saya hanya bualan biasa selain bertanya khabar seminggu. Kebetulan hari itu rakan-rakan saya yang berkerja sebagai guru mula bercuti tetapi ada juga yang masih perlu menyelesesaikan tugas tambahan di Sekolah. Kesian guru, kesihan murid. Mana tak kasihan, murid tadika pun dibekalkan 'home work' untuk memenuhi masa lapang mereka.
Bualan biasa akhirnya menyentak minta saya bila rakan saya memberitahu yang seorang tukang rumah yg biasa membuat kerja pembaikan di rumah saya, khabarnya akan pergi ke muktamar PAS di Melewar. Saya tak brapa ambil kesah sebab saya tak bercadang nak pergi. Saya kata 'biar betul,dia orang PAS ker?." Saya bertanya seolah2 rakan saya bercakap bohong. "eh, kenapa tak percaya? Dia org PAS la" kata kawan saya.
Tak sangka pulak. Sebab hari tu dia betulkan tangki air dirumah saya dari pagi sampai petang tak ada nampak pun break untuk sembahyang pun. Lalu jawap kawan saya "biasalah".. .. ya mungkin biasalah fenomena begitu sekarang agaknya. Islam semangat tetapi semangat Islam tak ada,roh Islam tak ada..semangat melawan UMNO sahaja yg berkobar.
Bila saya fikir2 semula, benarlah fenomena ini semakin menjadi lumrah. Bukan sahaja di alam nyata, malah di alam maya. Rata2 kesedaran politik dan kebencian kepada parti yang memerintah semakin meluap tetapi kesedaran untuk melengkapkkan diri dengan ilmu dan beramal masih di takuk lama juga.
Lihat sahaja blog yg berkobar2 melaporkan atau mengambil laporan pihak pembangkang, mengutuk pemerntah seperti tak ada langsung baiknya. Tetapi pada masa yang sama iklan lagho,iklan buat duit, iklan mengkayakan orang kafir, gambar2 wanita separuh bogel masih menghiasai laman/blog mereka tanpa rasa bersalah. Mereka tak rasa bersalah kerana iklan itulah sumber pendapatan mereka untuk membiayai kos menyelenggara blog mereka. Iklan wanita tak brmaruah adalah daya tarikat supaya dapat ramai pengunjung.
Mereka tak rasa berdosa sekalipun menayangkan 'video' tak senonoh ahli politik yg mereka benci sedangkan Islam melarang mengaibkan sesama muslim. Kalau orang buat perkara maksiat dalam rumah atau dalam bilik mandi, apa hak kita nak tayangkan ke pengetahuan awam? gambar artis berkemban apa jadahnya nak ditayang dilaman web pro pembangkang..bukankah ini memalukan?
Sepasang mata memandang gambar separuh bogel wanita yg mereka siarkan di blog, berapa banyak dosa yg dikutip secara affilate oleh blogger?. Bukan program janawang sahaja yg ada affiliate, dosa pun ada .Kerana Blogger yg sediakan bahan maksiat mata, pembaca tengok maksiat baca bahan umpat keji. Kedua2nya dapat saham. Orang yg dalam gambar dah tentu tak tutup aurat, orang diluar pula yg telan air liur menahan siksa mata. Rakan lawan politik pula akhirnya melawan dengan menghina ulama pihak lawan pula... bila nak berakhir?.
Kadang-kadang saya tak faham cara ummat kita berfikir. Apakah mereka lupa akan pepatah melayu, untung sekarung rugi seguni. Pahala apa yg kita nak kejar sedangkan kita bergelumang dengan maksiat. Apa guna hadir perhimpunan kalau solat 5 waktu pun belum disempurnakan.? Apakah hujjah kita dihadapan Allah kelak jika bacaan solat kita pun banyak salah dan kita menghabiskan masa mengipas orang politik? Kita beralasan tak ada masa berguru/belajar ttp ada masa untuk bermuktamar dan dengar ceramah politik.Ada masa pula nak cari gambar2 tak senonoh dalam internet. Harap2 ada orang politik yg sedarkan pengikut2 mereka ni.
Tuesday, November 3, 2009
Islam semangat Vs Semangat Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam..
memg betul apa yg diperkatakan..
dh lama dh sy perhati..
ramai orang kita ni( org bulan),
cakap Islam bukan main2...
tp hampeh...
(temasuk sy jgkla)..
sy jenis xbyk ckp, tp suka mndengar..
ade org, byk ckp..
bkn main..
bla99 bla....
ada sorg pakcik 2, (tergelak sy..)
kutuk paklah, bini x pakai tudung...bukan main ni..
tp bini pakcik 2 kn, bila kuar kt laman rumah tu x pakai tudung gak...
anak2 dia pn sama... beetull..camne tu?
terang lg bersuluh..
2x5 ngn paklah..
sama jgk sorg Yb bulan ni...
dh lama jd yb..jaga rakyat...
tp anak2..masyaAllah..
liar...
ada yg pompuan masa kt ipt kuar ngn bdk laki perkara biasa..
Anak laki pulak tunjuk samseng, sombong...
Nilaa yg perlu diperbaiki sgt2..
Tolongla...
"Malu itu sebahagian daripada iman"
Salam
salam,saya tak pasti dengan apa yang saya ingin katakan cuma saya rasa terpanngil untuk membuat sedikit ulasan.kita ni tak salah kalau kita menegur perkara2 yang baik lebih2 lagi kalau pasal agama islam ni.hari ini kalau kita lihat isu agama terlalau bnyk dipolitikkan.saya tak kata PAS tak bagus tapi sejak akhir2 ini banyak juga la perkara tentang agama islam yang kadang2 saya lihat patut dibela oleh kalangan pucuk pimpinan parti PAS ini yang jelas membawa jalan perjuangan ISLAM,tapi sekarang dah macam2 perkara berlaku seolah2 tiada pembelaan dari segi sesetengah isu2 yang melibatkan agama kita.pada hemat saya tak kira la kita dari parti PAS atau UMNO,kita kena pastikan agama ISLAM ini perlu dijaga supaya ia tidak dicemari oleh orang lain yang mmg senantiasa mencari peluang untuk memburukkannya....
Salam kepada pemberi komentar khususnya.Terima kasih atas ulasan dan keperihatinan tuan2. Saya sememangnya agak sedih juga fenomena orang PAS yg perangainya masih lagi tebal dengan karat jahiliah.
Bukanlah pula saya nak kata saya lebih baik Islamnya, cuma saya
berhati-hati jaga adab Islam sebab bila berpakaian cara Islam pun orang dah cop kita PAS. Itu yg payah.
Tapi bila saya berforum terutama berforum internet yg pro PAS, saya pual dituduh UMNO atau ajen UMNO sebab saya menegur mereak yg mengaku PAs tapi kuat mencela, menuduh tanpa bukti, mengaibkan pemimpim berlebihan, mengata/mengumpat isteri2 pemimpin, menuduh dan mengejek menteri2 wanita dan macam2 perangai yg tak professional dan kebudak2an.
Mereka memakai tafsir khas terhadap surah al-hujurat ayat 11. Mereka mengatakan mengutuk org buat maksiat memang digalakkan. mengutuk perasuah memeng wajar. Dan dengan dalil itu juga mereka mencaci siapa shj yg menegur perangai dan tingkahlaku/tulisan mereka.
Tambahan pula dengan konsep baru PAS for all, nampaknya PAS terpaksa menopeng laku perbuatan dan perangai penyokong mereka. Saya sangsi juga apakah mereka ini benar2 menyokong (mengndi PAS) atau hanya mengaku sahaja, sebaliknya mereka mengadu domba.
Segalanya mungkin. allahuaklam.
Post a Comment