Sunday, November 23, 2008

Musim kenduri

Bila tiba musim cuti hujung tahun, tentu ramai yang makan kenduri nasi minyak atau nasi briani. Jarang kenduri kawin makan nasi biasa atau sekadar makan mee, mehun atau soto . Kalau ada yang buat kenduri walimah sekadar hidang laksa, mee soto, mee goreng atau meehoon sup sahaja agaknya macam mana persepsi para jemputan?


Sebenarnya saya pun tak pernah lagi pergi kenduri walimah/kenduri kawin yang ada menghidangkan masakan panas seperti yang biasa kita temui di warong2. Secara tradisinya bila sebut kenduri kawin tentu berkait rapat dengan nasi minyak lauk daging, ayam , kuah dalca dan acar. Cuma di sesetengah kenduri ada yang menyajikan bubur dan kueh mueh sebagai hidangan sampingan.

Hadiah hantaran, pelamin dan meja makan beradap masih menjadi 'menu' utama kenduri kawin. Cuma cara ianya dipersembahkan sudah banyak berbeza dari zaman dahulu.Kalau dulu barang hantaran dari pihak wanita tak sah kalau tak ada sireh junjung tapi kini sireh junjung sudah semakin dilupakan. Jika ada pun sudah diubah suai dengan bunga2 segar . Mungkin sireh sudah semakin pupus atau sireh kini telah di'komesial'kan menjadi bahan utama produk kecantikan.

Minggu ini saya memenuhi dua undangan . Semalam satu kenduri yang mana pengurusannya dibuat secara gotong royong keluarga. Memang agak menyedihkan kerana tak terurus bukan sahaja kebersihan malah layanannya. Maklum keluarga biasanya sibuk dengan tetamu yang juga keluarga mereka. Tentu banyak yang mereka perlu bualkan. Lagipun gotong royong keluarga tak boleh diatur terlalu disiplin nanti ada yg terasa hati.

Berbeza dgn hari ini , kenduri di kawasan perumahan saya. Sangat teratur kerana ada muafakat jiran. Sungguh pun khemah disewa, makanan ditempah tetapi AJK kenduri begitu berdisiplin. Tempat buang sampah, tempat letak pinggan kotor, air cuci tangan dan gelas teratur rapi. Dengan pakaian 'sedondon' majlis nampak proffesional lebih2 lagi 4 buah rumah jiran turut dijadikan 'markas kerja' . Jadi rumah pengantin khas untuk tetamu dari pihak mempelai sahaja . Memang kemas dan teratur. Syabas kepada AJK kenduri kawasan perumahan saya.


Sebelum pulang, tetamu dibekalkan buah tangan tanda terima kasih dari tuan rumah. Kalau dulu tak bawa balik bunga telur tak sah. Tetapi sekarang zaman dah berubah, telur dah diganti dengan potpori , gula2 dan jelly, tak lupa cup kek atau bahulu kemboja. Sebuah beg dan sapu tangan pelengkap hadiah dari tuan rumah. Ada juga yang menghadiahkan buku doa dan surah yasin. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Yang penting kenduri itu sebagai tradisi sunnah yang dianjurkan Nabi. Memenuhi undangan pula adalah wajib melainkan ada sebab yg tak dapat dielakkan. Selamat pengantin baru kepada semua yang mendirikan rumahtangga musim ini.


3 comments:

Anonymous said...

Saya nak kongsi satu majlis kenduri yang saya hadiri di kg guntung setiu Terengganu pada 25.11.08. Unik sikit dari kebiasaannya. Majlis ni agak bersaiz besar dan meriah yang ditaja oleh keluarga yang kekurangan tapi ada perancangan yang kemas.

Menariknya hanya sedikit sahaja lauk pauk berasaskan daging atau ayam. 85% berasaskan cara kampong seperti ikan selayang bakar, budu, serta ulaman.Memang sambutan dari hadirin cukup meriah dan mendapat pujian ramai. Saya lihat tetamu cukup suka hati dan berminat dengan juadah sedemikiann.

Rupanya cara begini mula menjadi ikutan bagi ajlis kenduri kahwin di Setiu Terengganu. Belanja pun kurang dan jimat. Dapat le elak hutang untuk bermegah.

Anonymous said...

salam
klu laksa tu x pernah lah jumpa lagi tapi soto,mi jawa,mi sop, mi goreng, bubur jagung itu adalah kat tempat saya tapi bukan menu utama cuma sampingan je.. tapi nasi lemak tu pernah gak menu utama hari kenduri malam pertama sebelum hari kenduri sebenar kesesokan harinya ..

kat tempat saya biasa jamuan dari jam 8.00 malam hingga 11. malam dan dari pagi hingga petang pada keesokan harinya..

Ummu Waheedah said...

Betul, jamuan kalau kena cara tak mesti menu ada ayam/daging. Ikan bakar/goreng, sayur lemak nangka muda, nenas masak lemak atau masak pajri, sedikitikan masin sudah cukup menyelerakan. Kalu ditambah sambal goreng tempe+ikan bilis lagi best.



Kadang2 tu menu ayam/daging ni ada kala membazir bila tak berapa sedap masakannya. Kalau sedap pula sampai tak cukup dan menjadi rungutan.

Perancangan pula memng kena buat lama sebelum kenduri. jika kenduri besar.Persiapan kenduri anak sedara saya ambil masa lebih kurang 6 bulan untuk majlis yg dihadiri lebih kurang 1500 orang. Makanannya menu campuran, ada ayam/daging ada juga masakan kampung guna ikan keli.

Tapi atas muafakat masyarakat setempat, sumbangan tetamu sudah dapat menampung perbelanjaan. Adakala nya tuan rumah dapat lebih dari sumbangan kaum keluarga terdekat.