Sunday, November 9, 2008

I just call to say....i remember you


Era tahun 80an lagu Lionel Richie bertajuk " i just call to say i love you' begitu hangat sehingga menjadi hafazan hampir semua remaja. Malah sehingga sekarang bait ayat tersebut tetap diingati sekali pun lagunya mungkin sudah pudar ditelan masa.Saya tidak berhajat untuk bercerita tentang lagu nostalgia tersebut, hnaya sekadar mukaddimah bagi coretan kali ini iaitu tentang hubungan manusia yang kini berkait rapat dengan panggilan talipon.

Dua tahun berlalu... rasanya masa begitu pantas, terasa macam dua hari. Dengan kesibukan masing-masing antara kita sesama saudara , rakan taulan dan keluarga ada kalanya tak dapat bertemu atau bertanya khabar atas alasan yang tak dapat dielakkan.Baru-baru ini saya dikejutkan oleh satu panggilan . Biasanya saya tak menjawap panggilan dari nombor yang tak disimpan dalam HP melainkan mereka menghantar SMS terlebih dahulu. Ini sebagai langkah berhati2 sahaja.Malam itu nasib si pemanggil baik memandangkan saya baru kehilangan HP jadi saya menjawap panggilan dari nombor yg tak di 'set' kerana bimbang ianya dari rakan yang nombornya telah hilang.


Panggilan kali ini datang dari seorang kenalan yang tak pernah saya temui lagi. Dia mengenalkan semua dirinya dengan agak panjang lebar sehingga saya ingat semula.Ya rabbi, saya begitu pelupa maklumlah sudah begitu lama. Saya katakan terus terang jika dia tak menghubungi saya saya terus tak ingat.Sebenarnya dia tak saya kenal, cuma dikenalkan oleh seorang rakan yg beri nombor saya kepadanya memandangkan dia akan bertugas di Bandar yg sama dengan tempat tinggal saya. Dia tak punya saudara mara di sini dan kawan saya harapkan saya dapat menjadi keluarga angkat beliau. Saya tak keberatan kerana dia perempuan.

Malangnya selepas beberapa minggu berkenalan melalui talipon saya telah ditimpa kemalangan dan HP rosak maka terputuslah hubungan. Dia pula baru bertugas dan sibuk, kebetulan HP beliau juga bermasalah. Entah macam mana beliau terjumpa semula nombor HP saya sewaktu mengemas buku2 lama katanya. Begitulah kisahnya. Apa yg saya ingin katakan ialah tentang kesibukan kita . Ada kalanya kesibukan dan masalah peribadi (termasuk hal HP) kita menyebabkan orang tertentu menaruh salah anggap terhadap kita. Walau apa pun bagi saya hubungan adalah dua hala . Jika kita rasakan sahabat atau keluarga kita sudah lama tak menghubungi, maka ada baiknya kita yang menghubungi mereka. Mungkin mereka ditimpa musibah menyebabkan perhubungan terputus. Janganlah pula kita anggap mereka telah lupakan kita, walaupun ada kalanya memang sesungguhnya terlupa (macam saya).

Bila yang lupa diingatkan , akan bertaut semua hubungan dan insyaAllah akan berterusan.Begitu lah janji saya, insyaAllah saya akan temui adik yang memanggil saya tempoh hari..saya lah yg kena cari dia sebab dia tak biasa dengan Bandar ini.:)

3 comments:

thanaif said...

Boleh tahu Cik/Puan berada di mana?

mindataqwa said...

salam. ada kenangan manis dan pahit. untungnya orang mukmin apa sahaja yang berlaku padanya semuanya adalah baik diterima kerana ianya pemberian dari KEKASIH
dari http://mindataqwa.blogspot

Ummu Waheedah said...

salam thanaif & midataqwa,

Saya di Kuantan, Pahang.

Mudah2an ada manfaat blog saya kpd sdr/sdri.
kalu ada rencana menrik, boleh kongsikan/hantar untuk di siarkan di sini... kerana saya juga kurang masa menulis :)

kunun-kunun sibuk