Wednesday, August 6, 2008

Bisikkanlah jangan dilaungkan

Ada orang bertanya , kenapa blog saya tak disediakan ruang untuk komen dan tak ada shoutbox (si kotak melalak tu)?Susah juga saya nak jawap , tetapi setiap penulis ada kegemaran mereka dan menulis di blog percuma tentulah tertakluk kepada apa yang disediakan oleh blogger yang baik hati. Tak susah nak tempekkan kotak melalak, boleh lah chatting beramah mesra dan sebenarnya buang2 masa.Kalau sekadar nak beri komen silalah hantar ke email assakynah@yahoo.com.

Emmm susah juga jadi penulis sebenarnya.Kadang-kadang saya rasa cemburu (yg belum buta) juga bila ada penulis yang menyediakan ruang sapaan itu dan dapat respon baik dan membina pula. Tetapi saya masih alergy. Kata kata kesat yang pernah saya terima melalui email membuatkan saya serik. Hanya kerana berbeza pandangan dan fikrah agama , ada yang sanggup menggunakan perkataan yang saya anggap jelek dan tak seimbang antara ilmu dan adap/akhlaq.

Saya tak nafikan, kata2 dari email mengarut tidaklah sebanyak mana.Namun jika dibiarkan terpapar dikhalayak awam (jika saya sediakan kotak melalak), ia akan merebak jadi wabak. Bila sorang dah mula berani mengutuk ,akan adalah tangan gatal yang akan turut serta. Saya tak menafikan pula, ada email yang membina, meransang dan terus terusan menyokong. Email seperti ini sentiasa ada dalam kantung email saya sepanjang masa. Saya ingin ucapkan terima qaseh berjuta lemon kepada mereka yang tak jemu2 memberikan kata2 nasehat, perangsang, sokongan dan semangat. Tanpa sokongan begini tentunya saya tak akan menulis lagi.

Menilek gelagat manusia , saya selalu membandingkannya dengan sifat kanak-kanak. Lihatlah sifat anak-anak kecil , ada di antara mereka sangat peramah dan lincah bila tiada orang iaitu bila dihadapan keluarga sahaja,. Ini adalah kebiasaan yang lazim. Namum ada pulak yang berperangai sedikit pelik iaitu mereka akan menunjukkan perangai biadap dihadapan tetamu dan sekali gus memalukan ibubapa seolah2 tak pandai mendisiplinkan anak.

Begitulah juga manusia berinteraksi di alam dewasa. Ada yang masih dibelenggu watak anak-anak (lambat matang).Ada manusia yangkuat menghentam orang dalam email persendirian (personal mail -PM) tetapi berlagak kudus bila berada di milis awam. Ada pulak sebaliknnya suka menyakat/mengkritik atau memalukan orang di khalayak ramai tetapi tak mahu berkomunikasi melalui PM bagi maksud meleraikan kekusutan atau rasa tak puas hati. Inilah peliknya sifat manusia kerana mereka tidak faham sistem berkomunikasi (hablum minan nas).

Sebenarnya ada perkara yang perlu dibisikkan ada pula yang wajar ditempikkan,jadi pandai-pandai kita menyesuaikannya. Dalam kebanyakkan hal, perkara yang melibatkan teguran peribadi/perbincangan peribadi, maka bisikkanlah (guna PM). Jika ianya pendapat umum ,bolehlah diwar2kan. Allahuaklam.

No comments: