Tuesday, July 22, 2008

Tips kesihatan- Pakailah setokin








Salam,
Bila bercakap tentang stokin tentunya kita lebh memfokus kepada bayi dan kanak-kanak. Merekalah yang biasanya memakai stokin selain dari kaum lelaki yang bekerja di pejabat. Kaum wanita pula biasanya memakai stokin nipis untuk melawa dan mencantikkan kaki. Dengan stokin nipis dan berwarna serasi dengan kulit, kaum wanita kelihatan bergaya bila mengenakan gaun singkat.

Kini setelah berkembangnya ilmu dan keperihatinan kaum wanita muslim khususnya telah mula memakai stokin untuk menutup aurat. Stokin nipis dan pandek diganti dengan stokin agak tebal dan panjang. Mungkin ada diantara para wanita mula memakai stokin selepas kembali dari mnegerjakan umrah atau haji. Sememangnya setokin menjadi pelengkap pakaian ihram wanita. bukan setakat dapat menjaga aurat, malah stokin juga dapat memelihara kaki dari terkena kotaran, cuaca sejuk dan mengelak rekahan2 akibat cuaca yang terlalu panas.

Satu lagi kebaikan memakai stokin tebal ialah bagi memelihara kesihatan. Hal ini jarang diberi perhatian, biasanya ibu2 bersalin akan memakai stokin tebal dalam tempoh 'berpantang' dan tidak lagi menggunakannya selepas tempoh itu. Bagi ibu saya pula memakai stokin memang menjadi amalannya , seolah2 wajib seperti memakai selimut. Begitu juga saya dan ahli keluarga yang lain memakai stokin diwaktu malam untuk mengelakkan kekejangan otot kaki, kebas, selsema dan penyakit2 lain yang diakibatkan dari cuaca sejuk.

Bagi mereka yang seharian berkerja di dalam bilik berhawa dingin, adalah baik jika mengamalkan memakai stokin tebal dalam bilik sejuk dan ketika tidur.Sebelum tidur, tapak kaki boleh di sapu dengan minyak panas terlebih dahulu (jika perlu) dan pakailah stokin. Dengan cara ini juga tempat tidur tidaklah berbau minyak. Kanak2 yang selalu demam selsema perlu memakai stokin diwaktu malam begitu juga bagi kanak2 yangg kerap kencing malam. Cubalah amalkan petua ini, insyaAllah anda akan dapati ianya membantu, mudah2an.

No comments: