Monday, May 19, 2008

Khasiat terung susu kambing



Assalamu'alaikum,

Pernahkan anda mendengar atau melihat sejenis buah dalam family terung yg dikenali sebagai terung susu kambing? Biasanya kita hanya mendengar nama nama seperti terung pipit, terung asam, terung bulat dan terung panjang.

Terung ini biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk da warna buahnya yang menarik ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki. Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih.Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat didalamnya. Buah terung ini ringan dan licin kulitnya seolah2 buah2an plastik. Saiz buahnya lebih kurang 2 inci dari hujung ke hujung dan mungkin ada yg lebih besar.

Mengikut amalan perubatan tradisional melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah buah dada. Untuk penyakit darah tinggi, bahagia yang digunakan ialah buahnya.Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya.Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.

Saya bersyukur kerana ditemukan dengan tumbuhan buah ini semasa melawat seorang kenalan pagi semalam. Selain menambah pengetahuan tentang pokok2 berkhasiat, saya telah mendapat dua biji buah terung ini untuk dijadikan biji benih dan disemai. Alhamdulillah,niat asal untuk menziarahi beliau yang kurang sehat kerana terjatuh, akhirnya dibalas pula dengan pemberian beberapa jenis pokok herba dan pokok hiasan dan dijamu makan tengahari :)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Saya juga ada buah segar buah ni.
saya nak cuba tanam di halaman rumah saya. boleh awak terangkan cara nak tanam biji benih buah ni? kena keringkan dulu atau terus tanam?