Monday, November 19, 2007

AKAL MANUSIA

Akal adalah makhluk yang paling istimewa
Yang dicipta Tuhan untuk manusia
Ditempatkan pula didalam ruang dipanggil kepala
Dikenali juga sebagai otak manusia
Juga dikenali Roh yang utama
Roh Amri namanya

Akal ada beberapa peringkatnya
Genius itu yang pertama
Bijak pula yang kedua
Pandai itu yang ketiga

Kurang pandai juga peringkatnya
Bodoh itu yang kelima
Dungu juga dikalangannya
Hilang akal ini yang paling hina

Akal dalam diri manusia
Lawannya adalah nafsu yang gila
Kalau nafsu bermaharajalela
Akal akan jadi merana

Akal menerima maklumat dari mata
Juga mendapat berita dari telinga
Kadang-kadang dari mulut yang leka
Diprosesnya maklumat menjadi data
Dikirim kepada hati yang nyata
Tapi sentiasa disambar oleh nafsu yang gila
Peranan akal menerima apa keputusannya
Untuk disalurkan kepada jasad yang ada

Jasad pula menerima
Digerakkan tanpa waspada
Yang baik untungnya ada
Yang tidak baik punah lah manusia


Nukilan: Dato’ Md Dakhiyar Hj Ami rDSSA DMM BCK PPA
190841 Nov 07

No comments: