Tuesday, November 30, 2004

Coretan syawal: Pokai lepas raya

Assalamu’alaikum,

Petang tadi saya meluangkan masa ke pasaraya Giant di Kuantan. Kebanyakkan barang dapur dah habis jadi kenalah beli-belah sikit sambil meninjau harga barang (macam penguatkuasa pulak ) dan jenis-jenis barangan baru yang ada di pasaran. Semua maklumat ini penting terutama jika kita berada dalam alam perniagaan dan berguna untuk berkongsi maklumat . Mudah-mudahan setiap langkah dan perbuatan kita tak sia-sia malah dapat buat kebajikan dengan perkongsian malumat dan kisah yang boleh dijadikan tauladan.

Apa yang saya nak paparkan ini berkaitan sikap dan reality hidup masyarakat kita sekarang ini. Selain dari membeli belah saya ada temu janji dengan promoter di salah sebuah outlet untuk mengambil barangan yang telah saya tempah lebih sebulan lalu. Jurujualnya memang peramah sejak mula kenal lagi, wajah pun menarik. Pendek kata memanglah layak sebagai jurujual/promoter barangan. Malangnya mereka bekerja dengan majikan Cina, tak diberi KWSP dan SOCSO. Cuma disediakan tempat penginapan yang selesa dan pengangkutan. Nampaknya mereka ni begitu dedikasi, kerja jam 11pg hingga 11 mlm. Kalau disuruh tambah jam pun mereka terpaksa ikut w/pun tak ada elaun tambahan.

Saya telah cuba terangkan kepada mereka akan hak mereka sebagai pekerja, hak untuk dapat kadar bayaran upah berganda jika bekerja malam dan hari cuti sepertimana yang ditetapkan oleh undang2 buruh (yang saya tahu skit skit jer). Tapi mereka tak boleh buat apa, katanya terpaksa. Melihatkan potensi mereka yang rata rata baru lepas SPM, saya rasa kesian pula. Saya ada borak2 untuk lihat kecenderungan mereka, nampaknya mereka tak suka nak jadi usahawan, suka jadi pekerja sahaja. Ini yang payahnya orang kita, tak dapek den nak nolong…

Masa jumpa tadi, 2 orang jurujual yang dah mesra dengan saya tu merengek nak duit raya sebab dah pokai. Beriya iya diaorang minta macam nak paksa pula. Mula mula saya bina tak bina sahaja, tapi mereka terus mendesak juga. Katanya hanya saya sahaja harapan diaorang, sebab dah pokai sangat. Gaji belum dapat. Kesian betul…. Saya janji lepas ke pasaraya saya akan bagi sebab tak ada duit tukar.

“ kak boleh tukar kat kedai tu…” cadang jurujual yang comel dan dah mewarnakan rambutnya .
“tak apalah, nanti kakak tukar kat Giant sahaja, insyaAllah kak tak tipu”. Dalam hati terasa juga, kali ini Tipah tertipu gak ni :))

Semasa bershopping dengan kawan, saya tanya juga apa pendapat kawan saya dengan gelagat budak-budak tu. Kawan saya hanya kata : “suka hati awaklah nak bagi ke tidak’ . Saya memang nak bagi sebab saya pantang kalau orang minta gitu, kalau tak bagi nanti terkata kata (ralat hati) pula, rasanya kalau diaorang tak terdesak tak kan buat macam tu. Cuma saya terfikir begitu teruknya keadaan ekonomi bangsa kita, sedangkan kalau dia jadi usahawan insyaAllah boleh dapat lebih lagi.

Seperkara lagi adalah berkaitan pakaian. Mereka terikat dengan kehendak majikan. Bulan puasa hari tu dah cantik pakai tudung sebab menghormati ‘bulan’. Pastu sekarang buka pula sebab nak kena pakai topi sempena Krismas. Malangnya umat islam bila terpaksa begantung ekonomi kepada bangsa lain. Puas saya dan kawan saya kempen suruh mereka pakai tudung, siap beli tudung untuk mereka. Apakan daya bila dah di’jajah’, adakala terpaksa korbankan hukum agama, ini yang menyedihkan saya dan kawan saya. Kami kata kalau nak pakai topi tak salah, pakailah atas tudung tu...

Saya nak teruskan kempen tutup aurat, sebenarnya mereka tak perlu takut sebab Malaysia Negara Islam , majikan yang menghalang pekerja pakai tudung boleh didakwa. Malah saya pun boleh call majikan tu (slow talk) kalau dia enggan beri kebenaran mereka pakai tudung.Selesai shopping saya pun menuju jalan keluar, rupanya mereka dah tunggu, nak tuntut janji. Ini memang kes pokai habis…alahai anak bangsa ku.





Sekian coretan syawal dari saya.

Latifah.

No comments: