Monday, December 22, 2008

Penangan terkena bisa tebuan

Petang Sabtu yg lalu,tadi sejurus sebelum maghrib seekor tebuan (penyengat) telah masuk ke dalam rumah saya dan hampir menyengat saya. Tebuan tersebut mundar mandir terbang macam rusa masuk kampung, kawan saya yang kebetulan bertandang, segara mengambil majalah dan memukul tebuan itu sehingga mati lalu tergolek di bawah kerusi.

Selepas berpuashati yg tebuan tersebut telah tidak bernyawa lagi, kami pun meneruskan sembang.Saya sendiri tak ambil peduli dengan bangkai tebuan tersebut, tak terfikir pun untuk membuangnya segera.Bila masuk waktu maghrib dan masing2 sibuk untuk mengambil wudhu, tiba2 saya terpijak bangkai tebuan dan serta merta tempat yg terpijak tu sakit berdenyut. Sangka saya saya terpijak pin atau jarum yang banyak tetapi tak ada jarum pun.


Apa yang terasa di jari kaki saya ialah badan tebuan yg lenyek saya pijak. Saya terus ke bilik, dan dalam sekelip mata rasa sakit bertambah. Saya mengambil minyak angin, membasuh kaki, mengeringkannya lantas saya sapukan minyak angin. Tapi sakitnya tambah berdenyut, akhirnya saya ambil keputusan untuk ke klinik atas nasehat kawan kerana bimbang bisa sengatan akan menular ke seluruh badan.

Tiba di klinik kebetulan tiada pesakit lain dan dapatlah saya rawatan segera dari doktor. Doktor menyuntik ubat tahan sakit. Bagusnya doktor ini juga membaca ayat2 al-qur'an yg jelas pada saya ialah zikir "la haula wala quwata illa billah', ayat seribu dinar dan bismillah lima. Kemudian tuan doktor menceritakan kisah isterinya yg pernah terpijak bangkai tebuan yang sudah 3 hari mati.. terus menggelupur tubuh isterinya. Begitulah betapa bisanya tebuan. Itu belum kena sengat, baru terpijak badannya sudah terasa bisanya.

Kata doktor setakat ini, hanya ubat tahan sakit sahaja rawatan yg diberi disamping ubat alergy bagi mengelakkan pembengkakkan. Tapi jika kena sengatan/bisa ular maka biasa ular tersebut yg akan jadi penawarnya. Mujurlah sakit terkena sengatan tu tak lam . Lepas ambil injection dan makan sebiji pil anti alergy, pagi esoknya dah tak sakit lagi. Mengikut kata doktor, kesan terkena bisa tebuan berbeza2 dari seorang ke seorang.. ada yg terus bengkak dan jika dibiar boleh menyebabkan radang pada buah pinggang.. kalau ajal sampai maka kemungkinan besar innalillahi wa inna ilahi rojiuun.

Jadi bagi mengelakkan bisa tebuan ini, jika kita bunuh tebuan pastikan bangkai tebuan dibuang jangan dibiarkan bersepah. Jika mahu membunuh tebuan dengan asap /gas pemedih , seeloknya lakukan di sebelah malam gelap dan tiada punca lampu yg boleh menyebabkan tebuah lari kearah lampu untuk selamatkan diri.InsyaAllah jika tebuan mula buat sarang di pokok kelapa depan rumah tu, mungkin saya terpaksa panggil bomba untuk menyembur ubat bunuh tebuan. Cuma bimbang tebuan2 ini akan menyerang semula jika sarangnya dijolok/dimusnahkan.

Saya masih mencari2 cara mengelakkan pokok2 dari menjadi tempat lepak para tebuan dikawasan ini. Jika ada sesiapa yg tahu cara/petuanya, harap dapatkah dimaklumkan kepada saya :). Terima kasih didahulukan.

2 comments:

Anonymous said...

cara mengelakkan pokok2 dari menjadi tempat lepak para tebuan;

Semburkan racun anai-anai pada sarangnya.

Ummu Waheedah said...

t/kasih atas respon sdr. Masalahnya bila masa nak sembur, takut masa sembur tu tebuan sedang santai, dikejarnya kita.