Sebelum ini saya mengadu sendirian, macam mana orang boleh kemaskini blog hari2 sedangkan aku selalu tak sempat. Sebenarnya bukan tak sempat cuma tak gheti jer. Teringat sifu yg ajar saya mem'blog' ni, iaitu Puan Rashidah dari MKM (maktab Kerjasama Malaysia) , katanya Blog berasal dari dua perkataan iaitu WEB Log dipendekkan jadi Blog. Siapa yg mengemaskini blog dipanggil 'go blog' (jangan dekatkan perkataan tu ..:))
Hari ni saya merayau2 menjengah blog2 lain. Terpesona dengan blog penyair dan penulis novel. Blog mereka biasa ringkas dan banyak gambar.Sedikit sahaja ayatnya. Bak kata pepatah omputih " a picture speaks a thousand words." Tulis sikit sehari pasti hari-hari boleh update blog. Kalau hari2 boleh hantar posting ke egroup mengapa tidak meng'update' blog? yer tak yer kan...
aah.. tapi masih ada tapinya. Lain padang lain belalang, lain orang lain lah ragamnya. Macam saya ni bila dah terpetik keyboard ada ada sahaja nak ditulis, nak kata kuat membebel tak pulak... . Cuma ada rakan cyber yang mengkategorikan saya sebagai "prolific writer" -maknanya penulis yg selalunya menulis panjang2. Yer ker? mungkin agaknya saya sudah tersurat sedemikian. Bagi saya Blog tak sama dengan egroups dan memang tak sama, egroups tu tempat kita sembang2 dan berbals hujjah, Blog tidak. Blog adalah kata hatiku untuk dikau aduhai pembaca .. he he.
Akan kutitipkan sesuatu yang berharga buat tatapan minda anda semua.Bukan sekadar menulis malah saya ingin memacu minda ummah.Jangan kaget dengan perkataan 'memacu', saya tahu anda bukan kuda atau boleh diperkudakan.Bukan itu maksud saya, saya mahu setiap entri saya akan ada 'buah tangan' untuk difikirkan, direnungi ,difahami dan dihayati .
Biasanya minda saya selalu akan ingat saat malam pertama. Malam pertama bukan berdua, malam pertama seorang diri . Setiap kita insyaAllah akan merasai malam pertama seorang diri. Ada juga insan yg merasai malam pertam beramai2 , ya macam mangsa tsunami, mangsa gempa di Acheh, mangsa kemalangan, mangsa kebakaran, Nauzubillah. Lazimnya kita akan diusung ke 'kamar peraduan' dan ditinggalkan seorang diri di situ.
Masanya akan sampai, akan sampai juga. Malam yg tidak kita nantikan, tidak kita angan-angankan, malah kita takut memikirkannya. Tibanya malam pertama itu nanti, akan terbuktilah kalimah Allah " wamai yakmal misko lazarratin khairai yarrah, wamai yakmal misko lazarratin syarrai yarah..." ,Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Maka sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Friday, November 21, 2008
Tulis blog bukan tulis cerpen daa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salamun'alaik wbt...
Waaa ummu one step ahead dari saya nih! Jeles saya...
Erk.. mcmana nak buat link "nak tahu cerita selanjutnya klik sini" ... dah lama saya try, tak reti-reti...
yup one step ahead another step next change coming soon..
pjg cerita nak buat tu, kena baca panduan 'solehpolysas'. yg lecehnya posting lama kena edit. saya buat sikit2 jer yg dipaparkan di muka depa. Posting yg lain tu ada arahan 'klik sini' di akhir posting.
pembaca jd bengang lah.. bila klik mesej dah habis , ingat ada lagi.. hu hu teknologi oh teknologi.
salam ziarah dari kemahiran al-quran smka maahad muar http://kkqmaahadmuar.blogspot.com
ahlan wa sahlan ya al-chengi.
kampung kat Cheng , melaka ker..?
alhamdulillah kerja di maahad al-qur'an, saya pula masih belajar tajwid di masjid negeri.
canggihnya nama menoufia,seklai pandanmg terbaca mafia :), apa makna tu?? Blog kkq banyak questionare yer..
Post a Comment