Malam ini sebelum pekena 'pil bantal', saya cuba untuk menulis pendek. Hmm boleh ker tu ...Sebenarnya mata sudah mengantuk. Rasanya banyak lagi nak dibaca di layar internet. Bahkan dua buah buku buku yang dipinjam dari Perpustakaan Negeri Pahang semalam, baru satu babak dibaca. Masih mengulangkaji sejarah..tafsir turunnya surah al-alaq. Itukan cerita lama, zaman sekolah rendah sudah didengar kisah turunnya ayat pertama di gua hiro. Itulah uniknya al-qur'an, bila sudah meresap disanubari , walau diulang2 berpuluh kali setiap hari semakin subur dijiwa.
Petang tadi Ustaz mentalaqqi pelajar dewasa kelas tajwid, hari ini kami baca surah al-alaq. Saya ditegur kerana lantunan qalqolah pada dua ayat pertama tidak kuat, saya rasa dah kuat. Tak mengapa teguran itu untuk saya ingati,mana tahu suatu hari nanti akan jadi seorang tenaga pengajar pula, insyaAllah.
Alhamdulillah, misi saya menulis bukan untuk menarik seramai manusia membaca iklan2 cepat kaya di blog saya. Blog saya bersih dari iklan2 kecuali iklan dalam blog lain yang pautannya saya sediakan di blog ini. Alhamdulillah dari dua tiga maklumbalas yang saya terima melalui email ada yang mengambil iktibar dari apa yang saya tulis, syukur itulah yg saya mahukan. Biarpun hanya 10 orang yg membaca saya harapkan yang sepuluh ini mantab fahamannya dan kental jiwanya dalam mengharungi dunia yang menjadi wadah , untuk kita sediakan bekalan kita di akhirat.
Ada yang sabar menunggu titipan email dari saya , sedangkan saya ada kalanya ketandusan buah fikir. Juadah minda bukan mudah untuk kita resipikan, tidak semudah membikin 'jelly kelapa muda'.Ada yang minta penjelasan aqidah, ada yang mengajak bertinju hujjah aqal, tak kurang yang sekadar mahu borak santai. Tak terlayan dek sepuluh jari mengetuk kerbord, sepuluh jari ini juga mahu memotong sayur, menggoreng ikan, menyapu lantai dan menyiram bunga.
Itu tak kira lagi hal2 peribadi yang perlu dibereskan, saranan2 yang perlu dikemukakan kepada pihak tertentu untuk membantu ummat hidup lebih selesa dalam masyarakat berbilang bangsa. Tak terhitung pula masa yang kadangkala di'curi' orang. Begitulah hidup kita, yang penting ialah kita berdoa agar hidup ini berakhir dengan kalimah tauhid sebagai khusnul khotimah.Coretan malam ini diakhiri dengan kalimah tauhid 'la ilaha illallah'.
Tuesday, November 25, 2008
Juadah minda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment