Inilah wajah HP pilihan saya,Nokia2760 yg murah RM260 sahaja dan ada semua ciri2 yg saya perlukan termasuk radio. Mungkinkah ada hikmah HP saya jatuh dalam lubang tandas awan jam 9.00 malam tadi (1 nov 2008)?Hikmahnya wajar dicari, hakikatnya reqki bertukar tangan.... kata mak saya melawak " kalau tak jatuh talipon tu, tak kayalah cina juai talipon "...hadoi kena batang hidung saya :)
Ya hari ini (4 nov 2008) saya sambung cerita, kawan saya kata lawak/lucu kisah Hp saya masuk lubang tandas. Apa ker jadahnya bawa HP masuk tandas (tandas Awam)?. Habis kalau tak bawa nak letak mana kalau tak orang yg kita kenal tolong pegangkan . Rupanya bukan saya sorang yg pernah alami peristiwa ini,rakan di al-falaah egroups ada yg pernah menerima nasib yg sama. Bagi saya, saya memang tak ada niat nak cuba selongkar atau cuba kait HP yg dah jatuh..aduh tak sanggup. Redho saja lah, lagi pun semasa nak masuk pun saya dah terlintas di hati "kalaulah HP aku masuk lubang tu.. naya aku". Dan macam satu doa pula, sekali pun saya amat hati2 memegang HP yg memang berada kemas dalam poket baju, namun sudah suratan tiba2 sahaja HP tu meluncur laju semasa nak buka pintu keluar.Wal hal boleh sahaja HP tu jatuh lurus ke bawah (dekat pintu), macam mana boleh 'terbang' masuk lubang tandas pula? Kalau buat kajian daya graviti pun mungkin tak akan berjumpa teori yang menyakinkan.
HP ni dah macam eksesori wajib pulak sekarang ni. Saya mula pakai HP ni pada tahun 1996, dah 12 tahun yer. Mungkin masa tu HP agak mewah, model pun besar2 tak ada yg slim. Charger bateri pun besar macam charger bateri AAA . Mengenangkan semua tu, tersenyum sendiri. Saya mula2 pakai HP jenama motorola, ada entena.Bila nak guna kena tarik entena macam walkie talkie.. ha ha. Masa tu rasanya tak ada SMS atau saya tak gheti guna lagi..Mula mula guna atas saranan mak saya yg tak pernah pergi sekolah tu. Dia bimbang kerana saya selalu pulang malam kuliah tamat jam 10.malam. Sampai rumah sekitar 10.30 mlm, kalau ada apa2 kat jalanraya katanya, mana nak talipon? yer tak yer juga lah. Hati seorang ibu mesti risau juga..jadi saya belilah HP yg harganya lebih RM1000 , dan kena bayar Rm300 deposit kat Celcom sebab masa tu CELCOM lah antara penyedia perkhidmatan yg paling eksyen.. selain TM he he.
Teknologi HP berkembang pesat. Macam2 jenama muncul dan semakin ramai orang guna HP sehingga hari ini murid sekolah rendah pun dah ramai yang pakai HP. HP dah semakin murah dan ciri2nya semakin canggih. Saya juga tak terlepas mencuba berbagai jenama termasuk samsung dan beberapa tahun saya begitu taat setia terhadap jenama samsung. Seingat saya, saya memakai tak kurang empat jenama samsung sejak tahun 1999. Jenama NOKIA langsung tak saya pandang, entah kenapa saya tak minat langsung NOKIA ni walaupun ianya sangat popular. Gambar disebelah ni adalah antara model samsung yang pernah saya guna. Tak lah secanggih model2 lain yang ada PDA, mms dan ciri berteknologi tinggi. Bagi saya, saya pilih yg sederhana sekadar mampu untuk terima/hantar panggilan dan SMS sudah memadai. Saya tak perlukan fungsi camera atau voice recorder kerana tak perlu (buat masa ini).
Bak kata iklan Berita Harian:-Zaman dah berubah dunia dah maju. HP pun dah ada banyak dalam satu.Macam-macam fungsi ada, boleh muat turun lagu, nada dering, video , merakam gambar dan suara, bermain game , melayari internet dan mendengar radio. Pendek kata, ada HP dunia bagi surga. Apa lagi bagi penggemar borang santai/gedik.Macam macam ON ada, ON ella ada, ON manja Ada, ON sajalah, pasti anda akan dilayan oleh aweks dan mamat yang tengah bosan giler..lepas tu anda akan terkezut giler melihat kredit prepaid anda susut dengan mendadak. Masa tu tak ada aweks dan mamat online yg sudi nak tolong....melopong lah ekau jang.Tak dapek den nak nolong. Iklan2 merepek pun selalu menerjah HP kita tanpa diundang, entah siapa berikan nombor kita tu kepada peniaga2 online ni kita pun tak tahu. Seorang rakan saya terkena satu iklan untuk melanggan satu tawaran, tak salah namanya 'teropong ajaib'. Setiap hari pelanggan dapat satu atau lebih ramalan2 tentang nasib pelanggan lepas tu kredit HP akan susut sebanyak RM2 . Amboi dia yg ramal kita pulak kena bayar.. mujur rakan tu boleh berhenti langgan.. itu pun 2-3 hari jugalah kena tunggu proses 'deregistration.'sempatlah syarikat tu sedut beberapa RM lagi sebelum menamatkan perkhidmatan.
Mitsubishi Aria adalah jenama tak popular tapi saya pernah beli jenama ini sekali kerana terpikat dengan bentuknya yg agak unik, kecil panjang tetapi tidak nipis/slim seperti model yg lain (lihat gambar sebelah). Sayang seribu sayang HP ini telah dicuri di siang hari , sedang ianya terletak dalam kereta saya di dalam kawasan rumah. Kira terror lah penyangak tu. Kereta yang ada alarm senyap jadinya.. entah apa jampi mentera penyangak tu. Itu lah kenangan HP dicuri di rumah kakak saya di Ipoh.Di masa lain pula,HP samsung saya di curi di salah sebuah resort di Kuantan. Itu pun saya heran juga kerana HP tu diletak dalam 'compartment' pada dashboard (tidak terdedah), kereta pun tak bising walhal dah di kunci auto. Pelik kereta ni, yang saya pulak cuai tinggalkan HP dalam kereta.Itulah padahnya punya lebih dari satu HP, HP baru pulak tu yg kena curi...sebab tu sekarang saya dah serik guna HP yg mahal (melebihi Rm500 bagi saya mahal lah). Kerana HP hilanglah banyak kontak hilang, kini saya berhati2 supaya semua nombor talipon dicatat dalam buku atau disimpan dalam email. Tapi itu sekadar ingatan, kehilangan HP baru2 ni menunjukkan saya masih lalai dari mencatat, banyak juga nombor rakan2 lama dan baru yg hilang bersama HP dalam lubang tandas tu.
InsyaAllah HP yg baru ni akan digunakan sehemah yang mungkin. Fungsi radio tu memang saya perlukan kerana radio di rumah sudah wafat, entah apa penyakit tak tahulah. Harap harap jangan lah ada yang hantar video/gambar mengarut,saya tak mahu 'membeli' maksiat atau bersubahat dengannya, nauzubillah. Nampaknya HP baru ni boleh download MP3 bolehlah dengar lagu nasyid Sami yusuf..., satu lagi mungkin boleh rakam kuliah tajwid ..kena minta izin ustaz lah nampaknya.
Tuesday, November 4, 2008
HP ku...Kenangan ku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment