Kalimah Populis jarang digunakan oleh rakyat biasa atau orang biasa. Tiba2 semasa debat DSAI dgn Datuk Shaberi chik, Datuk shaberi ada berperi mengatakan DSAI ni memang suka cari populariti murahan dgn mengadakan perhimpunan mahasiswa bantah itu bantah ini. Dengan kata lain DSAI ni suka jadi populis. Aaah malas lah pulak nak buka kamus atau meriam webster online cari makna sebenar populis.Kedengarannya macam di'bahasa-indionesia'kan.
Apa pun maksud populis itu ialah menjadi popular. Kemudian saya dengar pula DSAI komen di dalam ceramahnya "tak pa lah jadi populis, jangan jadi Iblis, makan duit rakyat" . Begitulah adat berhujjah, hang cakap aku sanggah, aku cakap hang sanggah. Kalau tak sanggah menyanggah bukanlah namanya berhujah dan berdebat, itu nama nya sembang mak anjang.
Wednesday, August 6, 2008
Populis vs Iblis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment