Tuesday, July 22, 2008

Tercapai cita..


Alhamdulillah hari ini tercapai cita2 saya nak mengajar jiran2 saya menjahit. Sudah lama hal ini saya fikirkan, saya tak bermaksud untuk mengambil upah menjahit atau membuka kelas jahitan, harapan saya cuma untuk 'menderma'kan sedikit pengetahuan saya membantu bangsa saya. Saya tahu ramai wanita yang kurang berminat menjahit pakaian kerana menganggapnya 'leceh', tak kurang ada yang menganggapnya 'susah' dan rumit.

Rupa2nya kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan yang drastik telah membuatkan suri rumah berfikir apakah cara untuk menjimatkan kos perbelanjaan yang semakin meningkat. Walau pun sudah lama saya menyuarakan kesediaan untuk mengajar jiran2, mereka sebenarnya lebih berminat menempah pakaian untuk saya jahit. Tentu hal ini agak mustahil dan janggal kerana baju saya sendiri dan jahitan lain masih banyak yang terbengkalai. Baru2 ini jiran saya menunjukkan baju kurung biasa yang ditempah berharga RM40 dan baju blaus ringkas diupah pada harga RM28. Lalu saya tanya kepada mereka ,"masih nak tempah lagi ker?, belilah kain saya ajar jahit, senang sahaja"

Sejak minggu lepas saya terus mendesak dan menggalakkan jiran2 saya belajar. akhirnya mereka setuju. Saya mencadangkan supaya mereka beli kain kapas yang murah dan bermula dengan membuat pakaian kanak2. Semalam saya membelikan peralatan2 asas menjahit seperti pembaris, pita pengukur, kapur penggaris, pensel lakaran, kertas perang dan penetas benang. hari ini seawal jam 9.00pagi jiran saya telah berkumpul di beranda rumah saya untuk sesi pertama melakar dan mengunting baju kurung kanak2 (anak mereka).

Saya mulakan kelas dengan mengajar cara melakar pola berdasarkan baju yang sudah siap. Kaedah ini adalah supaya mereka boleh berfikir bagaimana untuk meniru apa yg merea lihat. Saya ajar cara mengukur dari baju kemudian barulah saya ajar cara mengambil ukuran badan . Sebenarnya saya sendiri tak pernah menghadiri mana2 kelas jahitan, saya cuma melihat (curi2 pandang ) kakak saya menjahit sewaktu saya kecil. Tetapi kerana minat dan kebolehan 'meniru' itulah yang saya kembangkan sehingga saya boleh menjahit berbagai fesyen melalui buku2 dan rekaan sendiri. Yang penting berani.

Fesyen dan saya

Bercakap tentang fesyen, tentu ramai yang tak percaya saya meminati fesyen, sedangkan saya sendiri tidak 'fashionanble'. {gambar sebelah tu bukan saya :)] Bagi saya fesyen adalah seni dan seni itu tentu ada batasnya. Seni pakaian dalam Islam ada yang menyebutnya sebagai busana. Apa pun istilahnya, yang penting adalah prinsipnya. Tidak ada makna berbaju kurung tetapi menampakkan bayang tubuh, tidak memakai kain dalam sehingga berbayang dua bentuk kaki bila berjalan dikawasan terang.


Tidak ada maknanya berpurdah,sedangkan bajunya dari kain sutera nipis, lembut dan meliuk lintuk mengikut bentuk tubuh( Gambar dikiri ini pun bukan gambar saya.. harap maklum :))a. Juga tidak ada gunanya pakaian yang labuh menyeret sampah sarap dan mungkin najis di jalanan dan menyusahkan si pemakai. Pakaian atau fesyen bukan untuk diperagakan bagi maksud menggamit perhatian lelaki ajnabi. Pakaian adalah untuk keselesaan si pemakai,melindungi badan dari cuaca sejuk dan panas serta mematuhi syariat .

Pakaian melindungi pemakai (terutama wanita) dari gangguan. Gangguan tidak semestinya dari lelaki malah dari para wanita juga. Cara kita berfesyen , boleh membayangkan watak diri dan 'kekayaan ' kita. Jadi pakaian juga mengundang padah jika tidak berhati-hati.Firman Allah s.w.t dalam surah an-nur ayat 31 mafhumnya "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "

Mengajar sebagai satu sedekah.
“Apabila meninggalnya anak Adam maka terputuslah hubungannya dengan dunia kecuali 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu dimanafaat dan anak soleh yang mendoakannya”
(maksud Hadis Riwayat Muslim)

Beramal dengan hadis di atas, maka saya mengharapkan ilmu yang saya ajarkan ini akan dihitung oleh Allah s.w.t sebagai ilmu yang dimanfaatkan dan amalan berpanjangan. Saya bersyukur kerana tidak ditakdirkan menjadi tukang jahit atau pereka fesyen tetapi mampu untuk menjahit dan mengembangkan 'seni' yang mengalir dalam darah saya. kira berdarah seni juga lah saya ni...cuma seni yang saya ada ini adalah seni untuk menjimatkan wang bukan menjana wang. Mudah2an ia dapat digunakan untuk menjana pahala dan ukhwah sesama umat. Esok sesi mencantum dan menjahit baju kurung yang telah digunting pagi tadi akan bermula.. selepas ini saya akan cuba menggalakkan anak2 jiran berjinak2 dengan aktiviti mengait, menyulam dan aktiviti seni yang sudah semakin dilupakan.

2 comments:

LiYa HaNiF :: said...

salam kak...

teringin rasanya nk belajar mengait..

Ummu Waheedah said...

wsm wbt.,

Boleh saja... jangan biarkan keinginan it terbantut perg la ke kedai menjual bahan jahitan, insyaAllah mrk boleh ajar.