Klik sini untuk dengar lagu
Lagu :Aku tak mahu di madu
Nyanyian: S. Ahmad & S. Rohani
Irama: 70an (tak pasti)
Lirik:
(P) : Aku tak mahu jikalau aku dimadu
Pulangkan saja ke rumah orang tua ku
Baru saja kau berada sudah mahu kawin lagi
hai sudah mahu kawin lagi
(L) : Sabarlah dulu
Jangan kau terburu nafsu
Inikan belum terjadi baru rencana
kalau kau tidak setuju tentu tidak kulakukan
ahai tak kan kulakukan
(p) : Ooo sungguh tiada ku sangka sayang
kalau begini jadinya betapa akan meratap
kecewa pabila nantinya benar terjadi
Aku tak mahu jikalau aku dimadu
Pulangkan saja ke rumah orang tua ku
Baru saja kau berada sudah mahu kawin lagi
hai sudah mahu kawin lagi
(L) oooh aku tak sekejam itu sayang
percayalah kepada ku, jikalau tanpa izinmu
tak mungkin kiranya diriku
hai kawin lagi
(p) Aku tak mahu jikalau aku dimadu
Pulangkan saja ke rumah orang tua ku
Baru saja kau berada sudah mahu kawin lagi
hai sudah mahu kawin lagi
(L) : ehh apa salahnya
(p) :.. ahh tak mau lah :)
Komentar:
Saya berpendapat lagu memainkan peranan dalam kehidupan masyarakat masa kini terutama bagi orang melayu. Prof Dr Harun Din pernah menegur lirik lagu yang mempunyai unsur syirik dan melalaikan seperti lagu "engkau laksana bulan' nyanyian arwah P. Ramlee. Tetapi hal begini dianggap remeh oleh orang melayu, dan tidak diambil peduli oleh penguasa agama. Sebenarnya lagu2 popular yang iramanya digemari oleh masyarakat terutama remaja boleh mempengaruhi pemikiran ummat sehingga ada yang menganggap apa yang dituturkan dalam lagu adalah benar sekali pun hanya untuk hiburan.
Seperti lagu 'aku tak mahu dimadu ' yang begitu popular sekitar akhir 60an dan sepanjang 70 hingga kini, mengandungi ayat/lirik yang mempunyai maksud bercanggah dengan syari'at. Kita lihat lirik berkenaan dimulai dengan penyanyi wanita mengatakan keengganan dirinya dimadukan dan lebih rela dihantar pulang kepada kedua orang tua. Ungkapan 'pulangkan saja ke rumah orang tua ku' itu bermaksud cerai. Wanita ini tak sanggup dimadu dan minta diceraikan jika ianya berlaku. Mengikut syari'at Islam, seorang isteri tidak boleh mohon cerai tanpa sebab yg dibenarkan syarak.Bermadu bukanlah sebab yg dibenarkan. Jika terbukti suami tidak berlaku adil , tidak beri nafkah barulah boleh mohon cerai.
Permintaan si isteri tadi dijawap oleh si suami dengan mengatakan "kalau kau tidak setuju tentu tidak ku lakukan ". Ungkapan ini pulak memberi kesan mendalam seolah2 keizinan isteri merupakan syarat bermadu.Perkara ini serius kerana bagi masyarakat yang tidak mendalami ilmu agama mereka akan menyangka meminta izin isteri itu merupakan perkara wajib.Ini dikuatkan lagi dengan prosidur jabatan agama yang menyediakan peraturan yang mewajibkan pihak suami mengisi borang yang ditandatangani oleh isteri.
Sepatutnya suami hanya perlu memberitahu isterinya tentang perkahwinan itu kerana ia melibatkan soal giliran dan keadilan. Suami yg enggan memberitahu isteri sedia ada merupakan suami yang tidak berlaku adil dan tentunya dia akan berbohong bila mahu melaksanakan giliran.Jika tidak tentunya dia tak kan melakukan keadilan terutam kepad isteri kedua dan seterusnya.Bagi Suami yang tidak memberitahu isteri sepatutnya jabatan agama lah yang patut memberitahu isteri itu. Denda/takzir boleh dikenakan kepada suami yang tidak melaksanakan giliran melainkan disetujui oleh isteri-isteri. Mungkin yang perlu disediakan oleh pihak jabatan agama ialah borang 'Laporan Keadilan Suami'(LKS).
Saya difahamkan wanita Thailand yang beragama Islam tidak dibenarkan bernikah di luar Thailand . Tetapi di Malaysia semuanya boleh. Malah orang Thailand jugalah yang selalunya menikahkan pasangan rakyat malaysia yang 'kawin lari' atau 'kawin sembunyi2' di negara mereka.
Jelas , dua rangkap pertama lirik lagu 'aku tak mahu dimadu' sudah berjaya meniarapkan nilai2 Islam dalam masyarakat kita. Rangkap2 seterusnya menguatkan lagi mesej yang hendak disampaikan.Oleh yang demikian ,sebenarnya kerajaan sepatutnya mengujudkan badan penapis lirik lagu yang terdiri dari lulusan agama agar aqidah/ kefahaman agama umat tidak dipertaruhkan.Lagu begini banyak mempengaruhi minda ummah sehingga poligami dianggap sebagai suatu perlakuan hina, memalukan dan mengecewakan.Allahu'aklam.
Monday, June 2, 2008
Aku tak mahu dimadu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment