Monday, November 19, 2007

NAFSU MANUSIA

Nafsu manusia ibaratkan sebutir bom jangka
Boleh meledak pada bila-bila masa
Kalau ia meledak, semua binasa
Adakala diri merana
Dan ada masa orang lain pun turut kena sama

Nafsu terkenal dengan sifat nakalnya
Jarang kita dengar orang berkata
Nafsu sangat baik sifatnya
Malah nafsu sangat jahat, lebih jahat dari penjahat yang dikehendaki oleh dunia

Nafsu sukar dijangka jahatnya
Ianya datang tidak kira masa
Dan kadang-kadang datang tidak semena-mena

Nafsu sukar ditangkap oleh manusia
Sukar juga untuk dikenali manusia biasa
Kerana nafsu itu sudah jadi budaya
Hidup sudah merasai biasa dengannya
Maka ianya dikatakan perbuatan manusia
Yang kita tidak tahu asal usulnya

Nafsu manusia banyak peringkatnya
Kalau nak tahu tujuh semuanya
Dari sejahat macam singa
Sehingga sebaik macam unta
Sangat sukar untuk dijaga dan dibela
Liarnya macam kuda
Pantasnya macam naga

Senang juga untuk dijaga
Mudah juga untuk dipelihara
Kalau kena gayanya
Kalau ianya dapat dinoda
Hati yang baiklah akan bertahta
Maka manusia pasti suka
Kerana manusia akan selamat didunia
Akhirat tak payahlah lagi cerita


Nukila: Dato’Md Dakhiyar Hj Amir DSSA DMM BCK PPA
192215 Nov 07

No comments: