Manusia, semuanya tahu
Dicipta oleh Tuhan yang Satu
Manusia, semuanya sekata
Semua makhluk dan seluruh alam dicipta oleh Tuhan yang sama
Kalaulah manusia ada yang mencipta kita
Milik siapakah pula manusia
Juga makhluk lain dan seluruh alam semesta
Hal ini semuanya manusia faham dan sekata
Tetapi pelik, apa yang manusia ada dikatakan hak manusia
Ibaratkan sebuah kereta
Yang empunya kereta, itulah pemiliknya
Tetapi pelik, kalau pemiliknya mati, siapa pula gantinya
Logik akal, sepatutnya kereta itu pembuatlah pemiliknya
Tetapi bila dibayar harganya
Kereta berpindah dan bertukar tuannya
Itu kereta yang bersifat benda
Apakah Tuhan juga boleh dibeli manusia
Maha Suci Tuhan bukan bersifat benda
Kerana Tuhan yang mencipta segalanya
Kerana Tuhan juga Raja segala Raja
Tuhan boleh menghidup dan mematikan makhlukNya
Kalau inilah hujah kita
Logik akal Tuhanlah tuan kita
Tuhanlah khaliq manusia
Tuhanlah yang menjaga manusia dan makhlukNya
Jika Tuhanlah yang menguruskan manusia
Jika Tuhan yang mentadbirkan hidup kita
Jika Tuhan khaliq kita
Maka sudah pasti Tuhanlah pemilik makhlukNya
Termasuklah manusia
al.mizan@yahoo.com
200740 Nov 07
Tuesday, November 20, 2007
MANUSIA MILIK SIAPA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment