From:ayang
To: laabwa@pd.jaring.my
Sent: Wednesday, September 08, 2004 1:18 PM
Subject: Luahan Hati
Assalaamu'alaikum Kak Latifah,
Pertama sekali saya mohon maaf dengan kedatangan emel ini. Kak tak kenal
saya tapi saya sering baca tulisan Kak di milis. Saya suka keberanian Kak
membuat sindiran dan komen pedas/tajam.
Saya tak pandai menulis tapi saya ingin berkongsi kisah dengan orang ramai
tentang telatah manusia. Jadi saya mintalah Kak tolong tulis sesuatu
mengenainya - sebagai artikel umum tapi ada sindiran dan nasihat -
berdasarkan latar cerita saya ini. Kak kirimlah ke milis2 yang Kak selalu
menulis. InsyaAllah saya akan coba cari.
Kak, saya benci orang Islam yang pandai menulis tentang agama tapi orang itu
tidak tunaikan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa dan zakat.
Orang macam itu ada Kak.
Saya benci orang Islam yang bijak komen tentang keburukan hidup berkeluarga
sedangkan kehidupan berkeluarganya rosak. Tertib hidup dalam rumah seperti
sembahyang berjemaah, makan bersama dan bermesra bersama anak-anak dan
isteri tidak ada.
Saya benci orang Islam yang berdegar-degar mengutuk orang-orang yang leka
cari harta kekayaan dan lupa tanggung-jawab pada famili sedangkan dirinya
sibuk mencari harta 25 jam.
Saya benci orang Islam yang menulis tentang kemanusiaan dan hubungan baik
antara manusia tapi dirinya sendiri tak berperi kemanusiaan, womaniser,
memancing perempuan sana sini dengan menyebut-nyebut hartanya seolah-olah
dia sangat pemurah orangnya sedangkan pada hakikatnya sangat lokek.
Hidupnya seolah2 playboy padahal usia sudah meningkat tua. Apalagi jika
orang tersebut punya anak dewasa, bapa seperti apakah itu kalau dia meneguk
madu perempuan sana sini.
Saya berharap Kak tulislah artikel menyengat yang menyebut tentang perkara
ini supaya orang-orang yang terbaca artikel itu sedar.
Sekian dulu. Terima kasih .
wassalam.
mangsa playboy
===============
Jawapan saya:
Wa'alaikumussalam wmt.wbt.,
Terima kasih atas kiriman email. Sebagai penjelasan pertama, suka saya tekankan bahawa saya mempunyai misi tetentu dalam hidup dan penulisan merupakan salah satu wadah yang saya gunakan dalam misi saya itu. Misi yang saya maksudkan ialah 'innasolati wanusuki wa mahyaya wa mamati, lillahirobbil 'alamin' .[sesungguhnya sembahyangku, hidupku, matikau hanyalah untuk Allah tuhan semesta alam].
Sama ada penulisan saya berbau sindiran atau komen pedas/tajam ianya hendak dilihat sepertimana seseorang itu melihat vitamin atau khasiat dalam makanan bukan pada rasa pedas,masam, manis ,tawar, masin atau payaunya. Kebiasaannya saya tidak akan membuat sindiran/komen tajam melainkan kepada tulisan yang disasarkan terus kepada saya atau dipapar melalui tulisan yang saya ulas.
Penulisan berbentuk pengajaran dan dakwah akan mengambil kira kisah benar yang berlaku disekeliling tetapi nama2 watak akan saya ubah. Motif penulisan saya dibenteng oleh misi di atas, jika ada sedikit sebanyak humor maka ia merupakan gaya penulisan dan rencah sahaja bukannya resepi utama.
Melihat gaya bahasa saudari, saya merasakan saudari boleh menulis dengan baik kerana susunan idea dibuat dengan agak baik walaupun faktanya kabur. Balasan ini hanya saya masukkan ke egroups al-falaah sahaja kerana saya sendiri sudah unsub dari milis2 lain kecuali melayu-trade. Ini atas faktor masa dan priority.
Terpulanglah kepada ahli milis jika mereka ingin memanjangkan perkara ini ke milis yang lain atau saudari sendiri memanjangkannya kepada yang berkenaan kerana alamat email saudari tidak saya siarkan.Saya hanya akan memberi pendapat umum terutama kepada saudari sendiri sebagai responden. Pihak ketiga yang dinyatakan dalam email saudari, merupakan pihak ketiga yang identitinya tidak diketahui. Oleh itu saya tidak akan fokus kepada identiti bayangan tersebut.
Jika seorang Islam itu berilmu/berpengetahuan dalam sesuatu bidang maka wajib baginya menyampaikan ilmu tersebut sebagai kewajipan fardu kifayah. Asalkan ilmu tersebut ada sandaran dari al-qur'an dan hadis serta sumber ilmu yang dibenarkan seperti qiyas, ijma ulama atau fakta keduniaan yang telah ada bukti kesahihannya. Soal sama ada penyampai itu melaksanakan apa yang dikata , itu bukanlah ukuran kepada kebenaran ilmu yang disampaikan. Jika seseorang itu dapat melaksanaankan apa yang disampaikannya maka itu merupakan satu kualiti moral yang baik.
Islam melarang kita membuka aib orang hatta membuka aib sendiri juga dilarang. Saudari boleh buka terjemahan al-quran dan kitab hadis dan carilah hadis2 mengenai larangan ini. Sebaiknya jika kita berhadapan ataupun mempunyai kesempatan berinteraksi dengan manusia seperti yang saudari sebutkan, maka menjadi kewajipan kita pula memberi teguran berdaskan ilmu dan saranan pesan memesan (surah al-asr). Sembahyang berjemaah bagi lelaki aula dilakukan di Masjid/surau bukan di rumah. Makan bersama dan bermesra dengan keluarga adalah perkara baik tetapi bukanlah sesuatu yang wajib, ia bergantung kepada keadaan kehidupan keluarga tersebut. Jadi perkara ini tak perlu dijadikan isu.
Saya belum jumpa mana2 individu yang sibuk cari harta 25 jam , sedangkan kiraan jam hanya ada 24 sahaja sehari :)). Namun saya rasa ini hanyalah luahan perasaan saudari yang 'geram' (geram jangan engkau geram..)... he he humor sikit untuk mengelak ketengangan urat saraf kepala. Jika orang yang saudari geram tu sibuk mencari harta maknanya dia bekerja keras untuk keluarganya, mungkin itulah sebabnya dia tak ada masa untuk solat, puasa , makan bersama keluarga dan bermesra. Bagaimana pula orang ini boleh ada masa untuk melayan wanita termasuk saudari?( 'womaniser').
Saya juga tak tahu bagaimana saudari boleh mengkatogerikan orang ini sebagai lokek, sedangkan cerita lokeknya tidak pula diberitahu. Saya pun tak faham maksud 'meneguk madu' itu sebenarnya. Apakah madu itu di'teguk' dengan izin wanita2 tersebut atau tanpa keizinan. Bagi saya, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Pepatah inggeris kata ' it takes two to tango'. Dalam menangani sesuatu masalah saya harus seboleh-bolehnya bersikap adil dan tidak memihak. Tiada gunanya saya paparkan kisah saudari ini di mana-mana milis yang akhirnya maruah wanita yang jadi mangsa itu pula yang akan terbongkar seperti membuka pekung didada.
Sebaiknya kita tingkatkan tahap ilmu dengan cara berguru, membaca , berusrah dan elakkan diri kita dari menjadi bahan fitnah/godaan kepada manusia lain terutama yang berlawanan jenis. Saya kira saudari tidak akan tahu hal-ehwal orang ini jika saudari tidak menjadi mangsanya. Tanyalah diri sendiri 'kenapa aku begitu bodoh percayakan orang seperti ini?' Kita sebagai orang islam sepatutnya meletakkan keyakinan terhadap Allah s.w.t, mohon petunjuk/hidayanya seperti yang kita baca dalam surah al-fatihah (dalam solat) dan sandarkan kekuatan dengan kalimah 'la haula wala quwata illa billah'.
Saya tiada kuasa apa-apa untuk menyedarkan orang lain. Firman Allh s.w.t " Katakanlah: "Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, sebab itu barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu".(Yunus:108).
Terpulanglah kepada saudari untuk mengambil tindakan susulan. Sekianlah yang dapat saya bantu. Yang baik datang dari Allah s.w.yang tidak baik dari kelemahan saya sendiri, allahu'alam.
la_abwa.
090904
Thursday, September 9, 2004
luahan hati mangsa playboy
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment