
 
Assalamu'alaikum
Terbuku dihati jika tak diluahkan.
Terkata2 sendiri bila tak disampaikan
Termenung sendiri memikirkannya
Terguris perasaan tak kan nak bawa mati..
Cewah cewah, pagi2 dah ketuk keybord kunun  nak berkarya
Blog  saya pun dah lama bersawang, tak update langsung blog "memacu minda ummah'
tak terpacu minda, malah termangu-mangu sahaja
mencari ilham yg banyak, but we have to be selective kata omputih
kalaulah masa tu ana yg ampunya
pasti ku tulis setiap gerak hati
hari ni nak berkesah tentang alam maya, dunia internet tanpa sempadan
mukabuku (facebook) yg kadang2 tak menampilkan wajah/muka,
hanya menampilkan mukasurat bercetak dan bergambar sahaja
Namun dari FB juga ada orang dapat pasangan sehidup semati
ada juga orang jumpa rakan lama zaman sekolah
ada juga dapat rakan baru yg meriah
ada yg dapat musuh bersengketa
ada pula yg difitnah nista
ada yg kena TAG huwal merata-rata.
Facebook mukabuku ni agak baru bagi saya, saya baru join setahun lebih.
Ada masa syok update..ada masa leka membaca nota atau melihat gambar.
Banyak perkara baru yg kita explore misalnya bab TAGGING dan menghadkan 
paparan album ga,mbar. Bagi saya sendiri banyak album gambar saya 
'privatekan' kpd org tertentu atau hanya untuk saya sahaja.Masalahnya 
jika rakan yg dibenrakan access TAG kawan2 dia pulak maka gambar tu akan
 tersebar juga kepada rakan atas rakan atas rakan hingga yang kita tak 
tahu menahu. Itulah yg berlaku dalam dunia tanpa sempadan yg dinamakan 
FB ni.
Mutual freind.  
Dalam dunia FB rakan dikaitkan dengan rakan lain melalui pautan mutual 
freind. Contoh jika A masukkan (Add) B sebagai rakan, maka B akan ada 
dalam freindlist A. B pula masukkan C sebagai rakan, maka C akan ada 
dalam  freindlist B ttp tiada dalam Freindlist A. A dan C boleh bercakap
 melaluI B. A dan C adalah "mutual freind". Jadi jika B menulis status 
di dinding FB, maka A dan C boleh sama2 mengulas. Rakan A dan rakan C 
akan dapat membaca apa yg mereka ulas. sekalipun rakan2 mereka tidak 
kenal B Katalah Y adalah rakan C tetapi bukan rakan B  atau A.. dia juga
 boleh baca apa yg ditulis oleh B, A dan C sekiranga  C mengulas apa yg B
 tulis. Jika C tidak mengulas perkara ini tak akan terjadi.
TAGGING  
Tagging (TAG) berlaku pada gambar yg dipaparkan di dinding (wall) 
seseorang. Konsepnya sama mcm mutual freind juga. Contohnya saya upload 
satu gambar, saya TAG nama  yg ada dalam freind list saya iaitu B (tak 
boleh TAG orang yg tak ada dalam freindlist kita). kemudian B,  pula TAG
 rakan dia yg tak ada dalam freindlist saya (C misalnya), maka C boleh 
berkomunikasi dgn saya jika saya mengulas gambar yg di'tag'.    Rakan 
saya, rakan B dan rakan C akan boleh pula melihat gambar dan ulasan2 yg 
ada semuanya di Wall masing2. Gambar yg diTAG itu akan terpampang pada 
muka depan (Wall) kita.
Saya pernah terkena dimana seorang yg saya tak berapa kenal TAG nama 
saya pada gambar 'Harith Iskandar berposing dengan isterinya yg 
membogelkan perut yg sarat mengandung". Saya  terkejut badak selepas 
beberapa hari tak menjengah FB tiba2 email saya benuh dengan ulasan2 
tentang gambar tersebut. Maka saya minta kepada orang yg meng"tag ' saya
 itu keluarkan nama saya  (sebab saya tak jumpa butang 'remove') dengan 
alasan gambar tersebut agak lucah dan saya rasa tak tenang.   
Kebiasaannya jika saya tidak berkenan dengan gambar2 iklan saya akan 
remove nama saya dari TAG secara senyap2 sahaja. Ini bagi mengelakkan 
mereka yg TAG iklan tu tidak berkecil hati.  Saya belum pernah unfreind 
rakan FB hanya kerana masalah TAGGING. Tetapi saya unfreind rakan yg 
mengutuk ulama, mengumpat dan menyebar fitnah.
Tambah dan Buang rakan
Tambah (add) dan buang (unfreind) rakan-rakan FB adalah perkara lumrah. 
Biasanya kita tambah rakan yg kita kenal atau yang direkomenkan oleh 
rakan lain atau mereka adalah orang ternama. Unfreind pula adalah proses
 menyahkan rakan FB dari senarai rakan kita.Hal ini  biasanya akan 
menguris perasaan rakan yang di'buang tadi'. 
Melalui pengalaman saya ada beberapa kes saya di 'buang'. Satu kes 
politik,  seorang wanita muda yg awalnya  meng'add ' saya lepas tu suruh
 saya keluar dari listing dia pula. Dia ni celupar, mengutuk dan 
menghina ulama tak boleh cakap la. Bila kita tegur dia marah dan suruh 
saya pulak  unfreind dia jika tak suka apa yg dia tulis. Akhirnya saya 
unfreind dan block mesej2 dia. Entah siapa orangnya saya pun tak kenal. 
Tak jadi kudis pun tak berkawan.
Kali kedua seorang yg rajin baca blog saya. Dia yg add saya , lepas tu 
bila saya tegur gambar2 seksa yg dia uplaod dia tak boleh terima dan 
unfreind. Alhamdulillah syukur. Sebab dia ni dah tua, dah pencen masih 
lagho..   tak payah dah saya tegur gelagat dia yang memualkan.
Satu kes lagi dibuang oleh rakan lama yg berlainan agama.  Mungkin 
rakan2 dia tak senang tengok status saya lalu kat wall dia, ada ayat2 
al-qur'an. Yg ni pun saya tak helan.. tak jadi kudis.
Ada kalanya saya yang buat hal. Diam2 saya unfreind rakan FB yg mulanya 
saya accept. Biasalanya kerana masalah  akhlaq sama ada gambar2 yang 
dipaparkan lucah, gedik, menghina ulama, mengumpat orang, bercakap lucah
 dan sebagainya. Juga saya tak  suka chat melainkan sudah 'kenal'.  Ada 
sorang budak peremuan yang memang selalu baca email2 saya di egroup, 
saya accept freind requestnya tapi setiap kali dia cuba chat  saya akan 
buat 'bodo'. Bukan apa ,saya rasa kalau layan tak cukup sejam, saya dah 
ada pengalaman dengan orang yang sama.  Macam2 hal dia tanya. Walaupun 
dia tanya tentang agama, saya malas nak bertengkar.Kalau dia tak setuju 
dengan nilai agama, tak kuasa lah nak layan.
Agak terguris bila ada keluarga yg buang kita. semuanya kerana teguran 
yg tidak disukai. Tapi saya nak tengok la sampai bila... akan datang 
insyaAllah satu masa kita lihatlah gelagat orang yg tak mahu ditegur. 
Dia akan menyimpang dari kebenaran . Panjang umur tentu kita akan lihat 
natijahnya.
Sekianlah coretan hari ini. Renungkanlah, apakah tindakan kita boleh 
mengguris hati orang lain atau kita rasa terguris yang tak luka. FB ni 
mainan dunia sahaja,  tak perlu serius sangat. Tetapi alangkan baiknya 
dunia dapat dijadikan jambatan akhirat,  dapat rakan untuk sama2 
ingat-mengingati,  bantu membantu dan mungkin boleh menolong bila 
diperlukan.
.
Nak tahu cerita selanjutnya klik sini..